Untukmu Teman


Bubbly group

Waktu:  Sains

Lokasi: kelas 5D

Cikgu, pertanian ada g ke cikgu?’

‘Eh, mana ada. Kamu je yang sebut ada g.’

‘Naa..kan aku dah cakap’. (berkata kepada kawan-kawannya)

.
Faham tak soalan murid saya tu?

Dia tanya, nak eja pertanian ada huruf g ke di belakang.

you know.. pertanian + g = pertaniang.

Orang Terengganu sebut tak berbunyi huruf N di belakang perkataan.

Makan = makang

Jalan = jalang

..Sengih sorang2 la saya lepas murid tu tanya.. hehehe

.

Dalam kelas 5D, ada 32 orang murid dan daripada ramai-ramai tu ada 8 orang yang lemah mengeja dan membaca. Dalam 8 orang tu pulak, 3 orang je yang pandai sikit mengeja, selebihnya tak tahu langsung.

Sedih. Simpati.

Di Sk. Kg. Gemuroh ni hanya ada satu kelas darjah 5. Sebab itu la, perbezaan tahap murid-muridnya sangat jauh. Yang bijak tu, mmg selalu je boleh jawab soalan. Yang lemah tu, duk diam je (itu pun kalo dia diam) kalau tak bagi tumpuan pada dia. Tapi ada masa, mereka boleh tangkap apa yang saya ajar dan boleh jawab soalan. Cuma masalahnya mereka tak tahu menulis.

Disebabkan perbezaan yang sangat ketara itu, lembaran kerja pun kenalah berbeza.

Tapi, apa yang saya suka dengan murid 8 orang tu (kita panggil mereka bubbly group pas ni) ialah mereka ada semangat nak belajar. They have the eagerness the passion to study. Saya hanya perlu bagi tumpuan yg lebih untuk mereka.

InsyaAllah. Saya akan buat yang terbaik. Saya nak bantu mereka. Paling tidak pun, mereka boleh faham konsep yang saya ajarkan.

I have a project for them, but it is still in planning. Hope I can make it happen.
:)


Not well

“Cikgu, cikgu tak sihat ke?”…

“Cikgu, cikgu.. Balik rumah nanti rehat banyak-banyak ye cikgu”..

“See you tomorrow, teacher”…

Semuanya pesanan & kata-kata daripada murid darjah 5 ku pada hari ni.. :) They are all good and high potential students. Later I’ll story you about them. ;p

Aku dah mula batuk-batuk.. Semalam dah start batuk. 2 hari dah selesema. Yang ganjilnya.. di rumah sewa ni, di sekolah tu.. hanya aku sorang je yg sakit. Pelik betul. Sejak bila antibodi aku jadi tak kuat ni.

Nak kata sakit. Aku terlalu jarang. Demam apatah lagi. Tapi tahun ni, tak pulak. Awal tahun lagi masa orentasi di kampus, aku diserang batuk2 & selesema yang dekat 3 minggu baru nak baik. Agaknya perubahan cuaca di Terengganu ni penyebabnya (Tahun lepas tak ada demam langsung. Tahun ni harap takda jugak).

Hari ni puasa sunat. Cari nahas la tu (Masih degil nak puasa walau tak disuruh oleh Nazri). batuk2 lagi nak puasa. Tak pe, selagi boleh tahan aku akan teruskan jugak. Ada sejam lebih lagi sebelum berbuka.

Pergi klinik? Nanti la esok ke kalau masih tak baik (Dah janji ngan mak tadi). Tak suka pergi klinik. Makan ubat pun tak suka. Selalu kalau selesema ke batuk ke.. aku akan biar je dia baik sendiri. Muahaha.. Tapi sekarang ni tak boleh la. Macam2 penyakit dah muncul. Ganjil2 pulak tu.

K la.. Nak basuh baju.

Wahai Lecturer2 ku.. boleh tak observe minggu selepas minggu depan ke… uhuhuhu.. Aku sendiri tak pasti aku ni dah ready untuk di’observe‘ ke tak~

Nak makan duriannnn….uhuhuhu!!!


When I choose to be..

Sekarang ni saya dah di Terengganu. Siapa2 yang tertanya-tanya kenapa saya tak update blog tu, ia adalah disebabkan ketidakadaan mood dan lagi connection internet yang melampau-lampau menggeramkan. Broadband kawan lain ok je. hmm.. Tapi malam ni ok la pulak dia. Siap tgk drama korea online lagi. muahahaha.

aa.. saya dah mula praktikum di SK Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu. Boleh dikatakan sebuah sekolah kurang murid.

Nak cerita sekarang ke? Panjang nanti. Tunggu la hujung minggu ke. (menangguh je keje aku ni)

Sekarang musim panas ke apa. Sakit kepala sebab asyik panas je. Hujan pun macam malu-malu je nak turun. Tanda ada, tapi tak jugak jatuh membasahi bumi. Cuma malam ni, hujan.. sejuk la jugak. Alhamdulillah.

My new students.

Image Hosted by ImageShack.us

Baru je dapat jadual hari ni. Aku kena ajar Sains untuk murid darjah 1 & 5. Muahahaha.. ya darjah 1. (selalunya praktikum dan guru yang baru posting tidak diberikan kelas darjah 1, 2 & 6. Darjah 1 & 2= they are too young, not easy to handle. Darjah 6= hey, UPSR. Need experienced teacher for them) Adehh.. very big challenge. I’m very ‘LUCKY’ as usual. ;) Starting to get use to it. Kelmarin masuk kelas ganti untuk kelas darjah 1N pun aku hampir nak hilang suara (tu aku tak de jerit tu) dan penat kejar budak2 tu. fuhhh~ letih. minggu depan aku masuk le ngajar untuk kelas 1D. Hope they are better & nicer than 1N.

English? ahh~ aku ajar murid darjah 3. They are quite good. Tapi ada jugak yang tak makan saman. oh well, i’ll have to do something to attract their attention then.

Perkara yang aku kena ingat sepanjang praktikum ni:

  1. Aku malas nak jerit2. Tak mau dah, dulu kecik2 cukup la jerit.
  2. Kena cakap bahasa terengganu ngan murid2. Kadang2 aku rasa nak gelak bila aku tak faham apa dorang cakap. (tahan tahan…) Bila murid tu berulang kali cakap tapi aku tak faham, aku bantai je paham. muahahaha Bila di kampus mmg selalunya aku cakap bahasa sabah dengan kawan2 dan pensyarah. Still proud to be sabahan. Tapi ngan murid2 tak boleh la nak buat mcm tu.. has to be Terengganuian.. :)
  3. Minggu2 awal ni kena jadi cikgu bekeng sikit. Nanti murid2 naik kepala. ;p
cukup la 3 dulu. nnti tambah lagi..
so my friends.. If I do have time and not lazy, I’ll update.
I have to ready my lesson plans~