✖ examination |igˌzaməˈnā sh ən|
Aku masih ingat lagi sewaktu aku menduduki Ujian penilaian Sekolah Rendah (UPSR). BM kertas 2, bersemangat menulis karangan. Dalam tengah seronok mengarang, tiba-tiba kertas terkoyak sebab aku padam kuat sangat. Muahahahaha. Aku tengok jam, alamak tinggal 10 minit lagi. CEMAS! Kelopak mata belah kanan dah gerak-gerak. ‘macammana ni….?!’. Aku angkat tangan nak minta kertas baru. Dengan sepantas kilat, aku berjaya menyalin dan menyiapkan karangan tu tepat pada masa. Fuhhh.. lega!
Keputusan UPSR? Sangat cemerlang. Alhamdulillah. Ingat lagi bila balik rumah, aku pura-pura tidur di bilik. Nak bagi suspen mak yang baru balik dari sekolah. Mak sampai je rumah, terus masuk bilik aku tanya keputusan UPSR (muka mak risau+teruja masa tu sebab tengok aku yang sedang pura-pura tidur di bilik). Bila aku bagitau mak, terus mak peluk aku! Gembira la tuuu.. hehehe
Sweet momory huh?!
But, my PMR not as cemerlang as UPSR (but still good thou). Why??
Saya nak kongsi satu rahsia kecemerlangan:
Kawan, sahabat yang kita pilih sewaktu kita belajar.
Kawan akan memberikan pengaruh yang sangat besar dalam setiap aspek kehidupan kita. Tak perlu cakap panjang la, saya bagi contoh yang betul punya. Masa darjah 6 dulu, saya dikelilingi oleh kawan-kawan yang sangat rajin. Saya ulangi, SANGAT rajin! Kami akan bersaing siapa yang dapat menyiapkan buku kerja tambahan paling awal dan paling banyak. Tolak kelas-kelas tambahan yang sekolah buat (ni faktor yang lain). Dalam kelas tu, persaingan sangat tinggi. Sekolah kebangsaan ye. Tak perlu masuk ke sekolah cina untuk dapatkan persaingan. Bunyinya banyak belajar tak da main. No. Belajar is belajar. Main is main. I had my fun and joy.
Bila masuk sekolah menengah (sek Agama, maka ada asrama), budaya bersaing tu kurang. Mula la bersenang-lenang. Aku tak duk asrama, walau diwajibkan dan ini menyebabkan aku diganggu oleh godaan-godaan kehidupan di rumah. Menjadikan keputusan PMR pun kurang 2A. Mak helped and forced me a lot during those days (ni faktor pendorong kecemerlangan).
Jadi, kawan itu penting! (bukan bermaksud kawan-kawan masa tingkatan 1-3 saya tu malas, cuma kurang rajin berbanding kawan sekolah rendah dulu hehehe tapi ada jugak yang dapat straight A dalam PMR. diurang belajar sembunyi2 niiii.. hehehe rilek ba).
I don’t really mind the result i got in those exams, but the memories the experiences that i gained from the journey to reached there that had taught me a lot and shape me the way I am now. but still, the result will determine which path will i walk. So, both are important but not as important as the voyage of discovery (betul ka ni. suka hati ja menaip).
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah
for everything I got and the way I am now.
Pilih la kawan yang baik. Betapa mereka akan mempengaruhi kita. Lihat sajalah masalah sosial remaja yang ada sekarang ni. Salah satu punca utama ialah pengaruh rakan sebaya.
Choose your friend wisely.
Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”
…Sekarang minggu UPSR. Rilek tak payah buat lesson plan. muahahaha.
K, jangan tension. Meh tengok ni..

hihihihi
Sehingga kini.Sejak dahulu
Hari ini 5 Jan 2009.
Tarikh lahir bagi salah seorang SAHABAT ku.
Dalam ramai-ramai kawan baik ku, dia lah yang paling lama aku kenal. Sejak umur 7 tahun (darjah 1) lagi. Sehingga darjah 4, aku pindah sekolah dan kami berpisah. Jodoh persahabatan kami panjang kerana kami bertemu kembali di matrikulasi & universiti.
..Elizabeth Butod..

Teman sepermainan, teman sekelas, teman bercerita.
Bulan lepas, aku lepak di rumah dia selama 5 hari. Disebabkan kami jarang dapat berjumpa, macam-macam cerita dikenang kembali. Cerita kami di sekolah rendah dahulu.
Saya & Elizabeth seperti isi & kuku waktu sekolah dulu. Ke mana pergi mesti bersama. Kami AKTIF dan memang terkenal di kalangan guru-guru. Apa sahaja pertandingan, kami akan disuruh sertai. Pertandingan bercerita, menyanyi dan lain-lain [tak dapat ingat yg lain tu
].
Elizabeth adalah pengawas sekolah dari darjah 2. Aku di darjah 1&2 jadi ketua darjah dan pen. ketua darjah di darjah 3.
Kami masih ingat lagi. Masa darjah 2, kelas kamilah yang paling dijaga disiplinnya. Periksa kuku, SETIAP hari. Haaa.. memang tak sempat panjang la kuku tu kalau tak nak kena ketuk dengan pembaris. Aku yang paling garang, sebab guna pembaris besi yang pendek tu.
hehehe.. Percaya la, aku memang garang! Elizabeth pun sama tukang check kuku juga. kasut, stokin dan macam-macam lagi la.
Dalam kelas kami tu, ada seorang budak lelaki ni pendiam. Kami berdua selalu ‘buli’ dia buat kerja. Hehehe.. Dah sapa pendiam, jadi la mangsa. Jangan pula kamu salah sangka kami jahat ye. Cuma kadang-kadang tu nakal jugak.![]()
Masa darjah 2 juga la kalau tak silap, ada seorang budak cina perempuan pindah ke kelas kami. Chui Fui Ling. Kecik je budaknye. Sangat pendiam. Aku & Elizabeth SELALU jaga Chui. Tak bagi orang buli dia, sebab dia lembut sangat. Kira kami ni jadi bodyguard la pulak kan. hehehe. Chui if u read this, do you remember?
Walaupun kelas kami tu dalam ranking ke-2 untuk keseluruhan kelas, tapi dalam akademik dan sukan, kelas kami pertama ye. Sebab sistemnya begini, masa awal pendaftaran kan pelajar-pelajar belum dibahagi-bahagikan kepada level masing-masing. Main masuk je kelas mana-mana. Bila dah darjah 4 barulah kami diselaraskan ikut level.
[ketua darjah B Vs ketua darjah A]![]()
Disebabkan kami kelas B (Bakawali), kami selalu bersaing dengan kelas A (Anggerik). Bersaing bukan calang2, bersaing dalam SEGALA hal. Tapi, payah jugak la budak kelas A nak lawan. kekeke.. dan kami selalu bergaduh dengan kelas A ni. Tak puas hati memang selalu. Siapa ketuanya? ohohoho.. kelas kami tak lain tak bukan, aku & Elizabeth. Bila fikir balik, ada juga kami gaduhkan pasal benda-benda yang tak logik. Budak-budak kan~
Dalam kelas kami sendiri pun, kami memang bersaing untuk dapat nombor 1. Macam kitaran sebab ada 5 orang dari kami yang bertukar-tukar kedudukan keputusan peperiksaan dalam kelas. A very healthy competition!

Selain di sekolah, rumah kami pun berdekatan. Ada masa, Elizabeth akan datang ke rumah dan kami akan main bersama, belajar bersama.. Sebab tu mak pun kenal dan masih ingat dengan Elizabeth sampai sekarang.
Biarpun setelah beberapa tahun terpisah, kini.. Kami masih boleh bersahabat. Seperti kecil-kecil dahulu. Soulmate in friendship
Kerna cara kami berfikir sama, gerak hati yang serupa dan sikap yang easy-going.. Cuma yang berbeza ialah.. aku dah jadi lebih tinggi dari Elizabeth. Dulu dia yang lagi tinggi dari aku.![]()
InsyaAllah Elizabeth, persahabatan kita akan berkekalan.
~~nantikan sambungan cerita mengenai sahabatku ini, setelah dia bernama Nuha, sahabat seagama, sahabat sejihad. InsyaAllah!!
.
HAPPY BIRTHDAY myFriend!!

Harga sebuah persahabatan tidak ternilai dan SAHABAT sejati sukar dicari ganti
Laskar Pelangi
Currently listening to: Laskar Pelangi OST

2 minggu lalu..
“Azy, nanti abah bagi baca buku best!“, abah tetiba menyarankan aku baca novel Laskar Pelangi.
“Laskar Pelangi? macam tajuk lagu ja… Abah suda baca?“, aku soal balik.
“Belum.. tapi buku tu bagus! Abah mau ko baca dulu…”
…hmmm…cakap best tapi belum baca pastu suruh orang baca dulu la pulak
.
oh well.. bila abah dah cakap best. Bermakna best la tu. So, aku baca la.. Ingatkan buku sekali download punya la pulak.. Hentam je la labuuu.. InsyaAllah dah jumpa bukunya nanti aku beli~ why?? because it’s worth it!!
Sebuah novel yang “POWERFULL” bak kata penerbit buku tu..
Mengisahkan sekumpulan pelajar-pelajar miskin Sekolah Dasar Muhammadiyah. Mereka yang seramai 10 orang ini diberi nama kumpulan Laskar Pelangi.
“Hiduplah untuk memberi sebanyak-banyaknya, bukan hidup untuk menerima sebanyak-banyaknya”
Begitulah pesan bapak Harfan iaitu penaung sekolah agama percuma untuk anak-anak miskin yang mahu bersekolah di Pulau Belitong itu.
Buku ini unik dan original.
- Terselit kisah-kisah kelakar dan ayat-ayat lucu yang secara halus penuh sinis. Ketawa sorang-sorang aku baca novel ni.
- Ikatan persahabatan yang utuh dan sangat bermakna. Don’t you just love to have friends..
- Kisah cinta monyet yang lucu dan indah dengan maknanya tersendiri..
- Selain itu, novel ini penuh dengan nama-nama saintifik tumbuh-tumbuhan dan haiwan. Diindahkan lagi dengan cara penulis mencirikan pokok dengan bahasa yang menggiurkan sehinggakan aku mahu menjadi burung yang hinggap di pokok itu.
- Tetapi yang utamanya, buku ini menceritakan kisah ahli anggota Laskar Pelangi yang teguh, patuh, sabar dalam menuntut ilmu walaupun mereka miskin.
- Buku ni sesuai juga untuk para guru. Sangat memberi inspirasi~
Kesusahan & Kemiskinan bukan penghalang untuk berjaya dalam pelajaran.
Aku tertarik dengan Lintang iaitu salah seorang anggota Laskar Pelangi. Seorang anak muda yang genius tahap tertinggi. Kagum!!
Lintang…
“...seperti juga kebodohan yang sering tidak disedari, beberapa orang juga tak menyedari bahawa dirinya telah dipilih, telah ditakdirkan Tuhan untuk bertunang dengan ilmu.”
“Aku pernah mengenal berbagai jenis orang cerdas. Ada orang genius yang jika menerangkan sesuatu lebih bodoh dari orang yang peling bodoh. Semakin keras ia berusaha menjelaskan, semakin bingung kita dibuatnya. Hal ini biasanya dilakukan oleh mereka yang sangat cerdas. Ada pula yang kurang cerdas, bahkan bodoh sebenarnya, tapi kalau bicara ia terlihat paling pintar. Ada orang yang memiliki kecerdasan sesaat, kekuatan menghafal yang fotografis, namun tanpa kemampuan analisis. Ada juga yang cerdas tapi berpura-pura bodoh, & lebih banyak lagi yang bodoh tapi berpura-pura cerdas.“
…tapi tidak Lintang. Dia sempurna. Genius, rendah hati dan selalu membantu sahabat-sahabatnya dalam pelajaran. Kerana dialah sahabat-sahabatnya berani untuk bercita-cita.. Malah dialah harapan dalam mengharumkan nama sekolah mereka yang telah lama dihina. Tapi nasib.. takdir Allah juga yang tentukan… Apa terjadi pada Lintang? kena la baca buku ni…
Ada 10 orang ye mereka tu. Di pertengahan cerita ditambah lagi seorang. Maka, nak ceritakan semuanya memang panjang entri ni nanti. Setiap seorang daripada mereka unik dan penting. Rasa nak join je group dorang. hehehe..
Gembira.. Sedih.. Inspirasi..
“..Setiap orang, bagaimanapun terbatas keadaannya, berhak memiliki cita-cita, dan keinginan yang kuat untuk mencapai cita-cita itu serta mampu menimbulkan prestasi-prastasi lain sebelum cita-cita sesungguhnya tercapai. Keinginan kuat itu juga memunculkan kemampuan-kemampuan besar yang tersembunyi dan keajaiban-keajaiban diluar perkiraan.“
Namun..
Apa yang kita rancang, apa yang kita harapkan bukan semuanya akan dikabulkan Tuhan. Malah ada ketika tidak ada satu pun yang dikabulkan. Percayalah, cara Allah bekerja memang tak dapat kita duga. Kerna Dialah yang lebih TAHU.
…”Tapi yang pasti pengalaman selalu menunjukkan bahawa hidup dengan usaha adalah mata yang ditutup untuk memilih buah-buahan dalam keranjang. Buah apa pun yang didapat, kita tetap mendapat buah. Sedangkan hidup tanpa usaha adalah mata yang ditutup untuk mencari kucing hitam, di dalam kamar gelap dan kucingnya tidak ada.“
beginilah bunyi falsafahnya..
“Nasib adalah setiap deretan titik-titik yang dilalui sebagai akibat dan setiap gerakan-gerakan konsisten usahanya.. dan takdir adalah hujung titik-titik itu.“
Great book! 5 star from me. Bravo to Andrea Hirata!! ![]()
Teman-teman boleh download Novel Laskar pelangi. Scrib mmg best!! ![]()
oh ya.. buku ni dah difilemkan. Belum sampai Malaysia lagi rasanya. Uhh.. Nak tengok!!!
ni lagu tema filemnya..
Pernah dengarkan?? Tengah popular sekarang. Jangan lupa dengar lagu-lagu lain dalam filem ni.. OST Laskar pelangi.
…lagu-lagunya best.. Nice songs & music. I Leb it!!.. 
Panjang pulak ye entri ni.. ehehe..

Nasib, Usaha & Takdir bagaikan tiga bukit biru samar-samar yang memeluk manusia dalam lena.





