Sayonara Week 5
“Cikgu, cikgu ni kembar ke?”..
a Question for me & syafiah.
This question I got it a lot even before i knew syafiah. Ntah berapa ramai kawan saya yang orang kata serupa dengan saya.
itu bagi kawan yang betul2 rapat la, sebab selalu sgt bersama.
Agaknya murid-murid ni selalu nampak kami bersama, maka muka pun dah nampak sama. Tambahan pula, kami suka pakai baju yang hampir sama.. hihihi. saje…
..%..
Serupa ke?
Bila kita selalu sangat bersama dengan kawan kita ke siapa-siapa ke.. Muka pun jadi hampir2 serupa.
iyeeeee ke?!!
Draw my shadow
Time: 8.45am - 9.45 am.
Venue: School field (badminton court).
Class: 5 Delima (32 students)
Let’s learn about shadow!

Hari ni ajak murid-murid ke padang.
(awal-awal pagi lagi bila sampai sekolah, saya dah duk bertukang mengetuk batang kayu di padang. Nak suruh murid ukur panjang bayang-bayangnya untuk separuh hari).
They seems very excited..

drawing their friend’s shadow~
Nasib matahari muncul disebalik awan. Tapi tak berapa terik, ada mendung-mendung sikit.
Lepas melukis tu, ajar la mereka macammana nak kumpul data (panjang bayang-bayang) untuk batang kayu yang saya dah pacak awal pagi tadi. Sorila, gambar kayu tak ambik.
Esok nak ajar apa pulak? esok nak tengok data2 yang murid2 ni dah kumpul.
Uhhh.. malam ni nak kena buat 4 rancangan mengajar. satu dah siap tinggallah 3.
Bulih bulih.. yakin boleh!!

..inilah tempat kejadian..
Week 4
Minggu penuh debaran..
fuhhh~
..@..
Dah sebulan berlalu??
Rasa lambat ada..
Rasa cepat pun ada..
Tapi macam lambat ja mau abes praktikum.. uhuhuhu
Week 3
A week that full with depression.. depression??? how come?
ahhh.. Just look at the photos.
..#..
Looks like in the photos, I don’t look depressed. Muahaha..
Smile
it heals…
nexttttt…
My first observation
My first observation is over.
Can you feel how I feel?
Relieve
..tiba-tiba kepala rasa ringan

*******
I got a plastic bag full with rambutans from my student.
Ahahaha.. Saya anggap ia sebagai hadiah sebab sudah lalui penilaian pertama.
Banyak betul buah-buahan di rumah ni.
Nak tolong habiskan tak?
Spirited away
“Azy, tak lipat baju?“, kak Zie bertanya padaku setelah melihat bajuku penuh di dalam bakul tidak dilipat.
“Nanti la..“, dengan suara yang tidak bersemangat menjawab.
“Jarang tengok Azy tak lipat baju“, kak Zie buat muka pelik..
yaaa.. aku tak da semangat sekarang.
Practicum is tiring..
To tell the truth.. since I’m here studying at Terengganu, this is the first time I’m counting days to holiday.. Weird? Never before I’m like this while studying at Sabah or Selangor or even working at Johor.
Azyy.. you cannot be like this!!!
Nasib ja aku masih nak basuh baju (guna tangan) setiap hari. Aku tak suka kumpul baju banyak2 kemudian basuh. Saya tak rajin nak basuh baju berbaldi2.. Korang rajin? Bagus la..
you know
There is time when you feel sooo tired, so bored and even feel sooo don’t-know-what-to-do-attitude. This can easily happen when It’s the time of the month for women.
And this is the time.
Need my mom. Need my family. Need him.
…
Ok STOP!! Enough!!
Be the positive and energetic Azyy..
Like I said
“Mulakan harimu dengan semangat yang membara!!”
Cannot wait for tomorrow. Want to do some important yet very pleasuring shopping.
First thing first..
Lipat baju
Muahahaha..
Kreatif & inovatif
Currently doing: Smelling the Lolita Lempika perfume..
Pn. Badrul Muin datang sekolah..
Pensyarah penyelia aku & Syafiah.
Datang tanpa memberitahu.. muahahaha..
Nasib je kali ni hanya lawatan sosial. Ari ni aku takda kelas sains. Syafiah je la, masuk makmal lagi tu. Nebes gila dia. hehehe..

MInggu lepas lagi aku dah bagitau mak yg pensyarah nak ‘observe’ minggu ni. And as usual, she always get to motivate me.
Mak : “Rilek je la. Buat yang terbaik.”
Aku : “Pensyarah tu cakap dia mau tengok kami kreatif, mak.”
Mak : “Mak dulu kpli, masa praktikal baru lepas pantang lahirkan ipa. Pensyarah mak observe dan bagi komen mak kreatif & inovatif. Haaa.. tu masa sakit2 boleh dapat kreatif & inovatif, ko ni yang sihat2 mesti lagi boleh.”
…i told you my mom is creative!
If my mom can, of course me.. her daughter absolutely can!!
InsyaAllah.
On Tuesday next week, Pn. Badrul will come and observe me & Syafiah for our first observation from 4 times observation.
Tapi, kecewa jugak sebab minor iaitu BI, sekali je kena observe. Uhhh.. nda cukup tu kalau mau perbaiki kami yang belum handal ni.
![]()
![]()
![]()
When I feel down..
My mom can put smiles on my face, brighten my day and lift my spirit.
![]()
![]()
![]()
Bubbly group
Waktu: Sains
Lokasi: kelas 5D
‘Cikgu, pertanian ada g ke cikgu?’
‘Eh, mana ada. Kamu je yang sebut ada g.’
‘Naa..kan aku dah cakap’. (berkata kepada kawan-kawannya)
.
Faham tak soalan murid saya tu?
Dia tanya, nak eja pertanian ada huruf g ke di belakang.
you know.. pertanian + g = pertaniang.
Orang Terengganu sebut tak berbunyi huruf N di belakang perkataan.
Makan = makang
Jalan = jalang
..Sengih sorang2 la saya lepas murid tu tanya.. hehehe
.
Dalam kelas 5D, ada 32 orang murid dan daripada ramai-ramai tu ada 8 orang yang lemah mengeja dan membaca. Dalam 8 orang tu pulak, 3 orang je yang pandai sikit mengeja, selebihnya tak tahu langsung.
Sedih. Simpati.
Di Sk. Kg. Gemuroh ni hanya ada satu kelas darjah 5. Sebab itu la, perbezaan tahap murid-muridnya sangat jauh. Yang bijak tu, mmg selalu je boleh jawab soalan. Yang lemah tu, duk diam je (itu pun kalo dia diam) kalau tak bagi tumpuan pada dia. Tapi ada masa, mereka boleh tangkap apa yang saya ajar dan boleh jawab soalan. Cuma masalahnya mereka tak tahu menulis.
Disebabkan perbezaan yang sangat ketara itu, lembaran kerja pun kenalah berbeza.
Tapi, apa yang saya suka dengan murid 8 orang tu (kita panggil mereka bubbly group pas ni) ialah mereka ada semangat nak belajar. They have the eagerness the passion to study. Saya hanya perlu bagi tumpuan yg lebih untuk mereka.
InsyaAllah. Saya akan buat yang terbaik. Saya nak bantu mereka. Paling tidak pun, mereka boleh faham konsep yang saya ajarkan.
I have a project for them, but it is still in planning. Hope I can make it happen.
![]()
There goes week 2..
A week for me to adapt with teaching environment..
Here is us..
…*…
Tengoklah gambar hari ni tu.. tak sempat nak bergambar di bilik guru. Hari khamis memang takkan sempat nak buka laptop pun.,
Yessss.. Akhirnya..cuti 2 hari. huhhh~ nak tido la, boleh tak?
Kurang tido.
Puasa sunat lagi ari ni~ Batuk2 dah kurang..
.
Inilah dia teman sepraktikal kami.. (KPLI - BM, KH)
da~ malam ni nak berpoya2 bulih ka tu?
berpoya2 = bersenang-lenang
makan durian boleh?

..Setiap pagi macam nak racing ke sekolah..
Not well
“Cikgu, cikgu tak sihat ke?”…
“Cikgu, cikgu.. Balik rumah nanti rehat banyak-banyak ye cikgu”..
“See you tomorrow, teacher”…
Semuanya pesanan & kata-kata daripada murid darjah 5 ku pada hari ni..
They are all good and high potential students. Later I’ll story you about them. ;p
Aku dah mula batuk-batuk.. Semalam dah start batuk. 2 hari dah selesema. Yang ganjilnya.. di rumah sewa ni, di sekolah tu.. hanya aku sorang je yg sakit. Pelik betul. Sejak bila antibodi aku jadi tak kuat ni.
Nak kata sakit. Aku terlalu jarang. Demam apatah lagi. Tapi tahun ni, tak pulak. Awal tahun lagi masa orentasi di kampus, aku diserang batuk2 & selesema yang dekat 3 minggu baru nak baik. Agaknya perubahan cuaca di Terengganu ni penyebabnya (Tahun lepas tak ada demam langsung. Tahun ni harap takda jugak).
Hari ni puasa sunat. Cari nahas la tu (Masih degil nak puasa walau tak disuruh oleh Nazri). batuk2 lagi nak puasa. Tak pe, selagi boleh tahan aku akan teruskan jugak. Ada sejam lebih lagi sebelum berbuka.
Pergi klinik? Nanti la esok ke kalau masih tak baik (Dah janji ngan mak tadi). Tak suka pergi klinik. Makan ubat pun tak suka. Selalu kalau selesema ke batuk ke.. aku akan biar je dia baik sendiri. Muahaha.. Tapi sekarang ni tak boleh la. Macam2 penyakit dah muncul. Ganjil2 pulak tu.
K la.. Nak basuh baju.
Wahai Lecturer2 ku.. boleh tak observe minggu selepas minggu depan ke… uhuhuhu.. Aku sendiri tak pasti aku ni dah ready untuk di’observe‘ ke tak~
Nak makan duriannnn….uhuhuhu!!!







