Untukmu Teman


étude pour l’examen

étude pour l'examen = study for exam

Peperiksaan dah nak dekaaatttt da ni.

Exam is around the corner.

Saya kena ulangkaji. I need to focus everybody.

Maka dengan itu, saya beritahu lebih awal. Saya akan malas dan tak nak update blog ni selagi saya belum abis exam bulan 11 ni. exam KISSM, lain cerita.

That is just for your infomation.

Sebelum saya menamatkan entri ni. Marilah menjamu mata-mata anda dengan gambar sambutan raya IPGM KDRI (setelah disaring).

Tiba-tiba saya rasa blog ini sudah menjadi photoblog. Ini menandakan saya makin malas untuk mengarang. Huahuahua..

Begini ceritanya:

Sebelum perhimpunan awal pagi,

1430H

Sesi beramah mesra -by Hidayah

1430H

Hanim (ibu muda) menyuarakan isi hatinya -pic by Hidayah

Selepas habis perhimpunan,

1430H

Ada seorang tidak memakai baju raya. Siapakah dia? -pic by Hidayah

dayah dan mira

Hidayah (single lagi) & Mira (single juga) di tapak perhimpunan, juga merangkap tempat parking kereta atau tempat kawad kaki -pic by me

Suasana sambutan raya,

kak fid & k.Sue

Kak Fid (seorang ibu) & Kak Sue (status masih misteri) tengah meneliti gambar-gambar yang ada di kameranya -pic by me

1430H

Ini Puan Nurimah Azmi -pic by Kak Fid

1430H

Ini pula Cik Syafiah Salleh (tunangan orang)-pic by Nurimah

kak sue

“Kak Sue, letak tangan di lampu”, kataku. -pic by me

Photobucket

geng-geng biruku -pic by Marza

syafiah scanning

Syafiah tengah menikmati hobinya iaitu men’scan‘ baju orang (dalam bahasa melayu, mengimbas baju orang =p) -pic by me

syafiah

puas hati sebab dah habis scan baju semua orang. hihihi -pic by me

pismp

adik-adik PISMP tengah makan -pic by me

amir & azwan

Amir (kembali single) & Azwan (dah nak kawen) meminta ampun sesama sendiri -pic by me

1430H

familiar with the faces down there? right klik untuk menggergasikan ia

begitulah ceritanya.

panjang tak cerita bergambar ni? puas tak?

Jumpa lagi lain kali.

Now.. i’m focusing. i’m focusing…

Photobucket

..ulangkaji lagi..


*This is like sooo old event 1

Disebabkan tiba-tiba rajin, saya dah upload gambar yang berbulan2 tersimpan. Gambar Hari Kejohanan Olahraga IPGM KDRI ‘09 .

Photos of the Day

2_663220737l.jpg

Why? => he’s alone there. sitting like that, waiting for the next race. oh ya, Shahir if you see this.. rilek ko aaaa~ hehehe

Why? => I just like this picture. need to say more?

More photos? Here.. I updated Memory Indah’s page. Klik the link ;)

wait for the next old event. :D


week 1 is over..

..Teacher Syafiah & Teacher Azyyati..

Photobucket

See the differences from each single day?

Photobucket..&..Photobucket

We both teach English (same class but different time period) & Science.

oh ya.. she’s my classmate. hehehe..

I’ll introduce 2 more KPLI’s teacher later. They teach BM & KH.

..and today adding to it, 4 more practicum teachers. PISMP’s student.

Make it 8 of us from KDRI doing our practicum at SK Kg. Gemuroh.


Bab baru di awal tahun

Currently listening to: Hot.fm

Esok nak balik Terengganu, ari ni baru nak update berita. Saje.. Daripada tak update langsung~ tau tu, ada yang ternanti-nanti berita terkini. :) Minggu cuti ni, asyik keluar rumah je setiap hari. Hari yang tak keluar rumah hanya hari isnin dan hari ini. Saya mulakan dengan cerita di kampus la ya~

Begini ceritanya…

12 Jan 2009 (Isnin)

Hari pendaftaran. Aku pandu kereta dari rumah seawal jam 4 pagi. Udin & amat pun ada temankan. Bawa 2 kereta la, sebab aku nak guna kereta jugak nanti. Kami sampai ke Inst. Perguruan Kuala Terengganu dengan bantuan GPS. Aku still masih teruja dengan GPS ni. Praktikal sungguh. Sesuai untuk aku yang susah nak hafal jalan ni.

Ok, lepas 6 jam perjalanan, sampai la kami di IPKT. Inilah pertama kali aku dihantar mendaftar tanpa ditemankan abah. Tapi, still ditemankan.. ;)

Proses pendaftaran pantas dan teratur (5 years experience), walau ada juga sikit masalah. Aku didaftarkan dalam Unit Sains 1. Masa pendaftaran tu, aku memang tak jangka akan jumpa siapa-siapa yang aku kenal. Tapi, ada jugak rupanya. Urmm.. dia la cam aku, aku yg tak cam dia. Student UMS jugak dulu, ambik course Biotek. Siap tau nama aku lagi tu. hurmmm.. hebat hebat. Dia unit Sains 2. Kelas sains ada 2 je~

Bila dah nak daftar asrama, udin & amat balik. Kesian pulak tgk dorang tertidur dalam kereta. Kena bangun awal kan~ So, aku suruh la dorang balik.

Kebertuahan aku berlanjutan bila aku sebilik dengan teman sekelas aku. 3 orang satu bilik. Aaa~ kami hanya tinggal di asrama tu untuk minggu pengurusan sahaja. Lepas tu, kami kena cari rumah sewa sebab asrama tak cukup untuk budak2 KPLI.

Photobucket

Sepanjang minggu orentasi tu, kami seunit memang satu kumpulan. Kebanyakkan aktiviti memang dalam unit kami. Takda nak bergabung dengan unit KPLI yang lain. Kelebihannya dorang buat macam ni, kami sekelas memang cepat mesra. Kelemahan? urmm.. kurang nak bercakap ngan unit KPLI lain kot. Tapi, still ada berkomunikasi. Lagipun malam kebudayaan, kami bergabung unit lain apa~ Unit BM. Berlakon lagi tu. Hahaha.. Sukaneka pulak bergabung dengan unit Mat.

Tutor kami En.Marzuki Ngah. Sangat sporting, baik dan lawak selamba. :D

Kawan-kawan seunit aku ni majoritinya memang orang terengganu. Kami semua ada 16 orang (9 girls 7 boys). Orang sabah hanya ada 2 ja untuk KPLI ambilan tahun ni. Seorang dari unit Mat tu orang Tawau. Sarawak tak tau pulak, belum jumpa, ke tak da?..

Ahhh~ pasal rumah sewa. Mula2 tu kami rasa payah betul nak cari rumah sewa. Semua orang risau tak dapat cari rumah sewa sebelum ari sabtu. Tapi, Allah permudahkan urusan. Alhamdulillah. Pagi jumaat tu, kami dapat jugak rumah sewa. Dalam 10minit jauhnya dari kampus. Rumah teres dua tingkat. Besar tau.. ada 4 bilik. Rumah tu disewa RM800 sebulan. Kami ada 7 orang, so kira la berapa seorang nak kena bayar (2 more girls stay at their home because they live nearby).

Hari jumaat 16 Jan 09.

Photobucket

Perasmian Institut Pendidikan Guru Malaysia. IPKT ditukar nama kepada Kampus Dato’ Razali Ismail bersempena dengan nama Allahyarham Dato’ Haji Razali Ismail. Allahyarham dulu pernah jadi pengarah di situ. Ingat lagi masa pendaftaran, En.Marzuki tanya aku, “Masa timbalan pengarah meninggal, kamu ada di IAB?“. “Ada, tapi saya di rumah masa tu.

Bila tengok tayangan kisah2 dan pengalaman2 Allahyarham yang disiarkan waktu perasmian tu, aku baru tau.. Allahyarham memang bijak dan layak digelar Guru contoh. Sumbangan Allahyarham dalam bidang pendidikan memang banyak kalau nak dikira. :)

“Apa tanda batang tebu,

Batang tebu halus uratnya,

Apa tanda orang berilmu,

Orang berilmu halus budinya.”

-Allahyarham Dato’ Haji Razali Ismail


Ahhh~ disebabkan juga hari perasmian ni berlangsung hari jumaat, orentasi kami yang KPLI ni tak da penutupnya. Kesian ni. Hahaha.. Ye la, Timb. Perdana Menteri kan datang nak rasmi. Tambah-tambah lagi esoknya nak pilihanraya. Uhuk uhuk.. Keputusannya dah tau kan~ apa? saya tak mengundi laaa. takkan nak jadi pengundi hantu kot. kekeke…

Cukup la setakat ni untuk Minggu pengurusan. Kelas??

Seminggu je kelas, kemudian cuti. Banyak je cuti nanti ye~

Unit Sains 1. Major Sains. Minor BI & PJ. Unit Beruniform PBSM. Kami seunit semuanya sama. Sukan tak tau lagi. Pas cuti ni baru tau. Mudah jugak bila sama, memang geng kamceng la satu unit! Biarpun baru 2 minggu. Walau kiciwa jugak sebab aku nak unit beruniform Kadet remaja. Disebabkan kami sains, maka kami diberikan PBSM. Tak pe la, mana-mana pun boleh~ :)

Photobucket

..Institut Gemilang Pelajar Gemilang..