Untukmu Teman


Yesterday

Kelmarin (utk sabahan), Semalam (Utk Semenanjung)

  • Dapat sebiji durian daripada anak muridku. (blm makan lagi durian tu. Tp aku jamin, konfem sedap).
  • Ipa call.. shopping sakan dia di Mesir tu. Bercuti ko sana aaa..
  • Aku pun shopping jugak. Aku juara pada hari semalam kerana berbelanja paling banyak. So not me. Why? don’t know. The conclusion is, I don’t like it. Tapi dapat jugak la sandal baru menggantikan sandal ku yg dah rosak. Kain baju raya. Sehelai je..buat apa byk2. Alat tulis (ini wajib setiap kali keluar). Dan ada lagi tapi tak mau sebut di sini. Biarlah rahsia. ;) muahahaha.. Tapi semua yg dibeli pun mmg perlu. Cuma aku ja suka menangguh beli sebab bila fikir kena keluarkan duit yg banyak, terbantut niatku. So, semalam ku buka sedikit pintu hati ini utk berbelanja.

I’m not ready to be a shopaholic (or maybe I’m not suite to be one).

Tunggu la aku kaya.

  • PPSMI..Boleh tahan panas jugak isu ni. hehehe.. nak tahu ke what I think about this? Saya hanya akan bercerita apabila ada orang mahu tahu. And I’ll publish it when I feel like to..
and again..
I want a decent holiday.
do I need it? or something else?


Jumaat = Friday, Durian = Durian

Currently doing: makang duriang..

Musim durian sekarang kan~ Tapi durian masih mahal jugak la. Tunggu lama sikit baru blh murah (Lain la kalau di segamat, sana sebiji durian harga dah jatuh kepada Rm1. Melimpah ruah dengan durian). Tapi saya tak tahan la nak tunggu lama. Mana tak nya, hari2 ms balik dari sekolah nampak di tepi jalan ada orang jual durian. Uihh.. tergugat iman.

Photobucket

Pasar batu enam

.

Photobucket

.Kak Zie & syafiah tekun melihat durian.

.

Photobucket

Besar durian ni. isi tebal, kulit nipis. Durian kacuk..

.

Korang…

pernah makan nasi durian tak?

Saya tak pernah. Syafiah memperkenalkannya pada saya.

Photobucket

Bahan-bahan (hidang utk seorang):

3-5 ulas durian.

Gula.

Garam.

Air.

Nasi.

Cara-cara menyediakannya:

Gaulkan semua bahan tadi. BIji durian boleh keluarkan. Kuantiti bahan ikut suka korang nak banyak mana. Nak manis, lebihkan gula. Nak kurang rasa lemak, tambah garam (betul ka tu. Suka ati ja aku ni). Tak nak pekat, lebihkan air.

Akhir sekali, masukkan nasi dan gaul hingga sebati. =p

Hasilnya…

Photobucket

Muahahaha.. Saya hanya dapat makan 1 1/2 sudu ja. Muak & manis.

Kuantiti nasi durian kami sama ja ye. Tapi syafiah blh habiskan nasi dia.

Ni semua syafiah punya pasal. Bagi banyak sangat. Kan dah tak habis. Banyak pulak tu. wakakaka…

Lain kali kalau nak cuba tu, buat dlm kuantiti yg sedikit ja. Apooora cik Azy ni.

*Amaran kepada sesiapa yang tak suka makan tempoyak. Lebih baik korang jgn cuba. Hehehe

Cara buat tempoyak: Isi durian + garam. Gaul rata guna sudu ye, jgn guna tgn. Kemudian simpan dalam botol. Tutup rapat. Setiap hari buka sikit penutup tu kacau nak buang gas dia. If terer, blh tahan bertahun.

Lagi satu, saya tak berapa suka makan tempoyak. Itu pun Nazri yg ingatkan saya. Saya sendiri lupa yg saya tak suka tempoyak. Muahaha (tapi udang masak tempoyak, dan tempoyak goreng ngan ikan bilis saya suka pulak.)

Apa-apa pun, korang cuba la nasi durian tu. ;) Mana tau korang suka, kan??!!

Untuk hilangkan rasa nasi durian tadi, saya makan keropok lekor yg digoreng terus tanpa rebus dahulu. Keropok lekor camtu yg paling sedapsekali!! Jeles tak baca? muahahaha..

Tiba-tiba rasa nak makan cencalok. fuhhh~ terliur pulak. Saya makan nasi ngan cencalok ja pun, dah boleh dah~ hahaha

Belacan jgn tanya la. Tu no1 faveret!! Pisang cecah belacan goreng pun jadi! bukan pisang goreng ye. Buah pisang tu, yg lepas dibuka kulitnya.

Budu? Budu pun sedap. Kenapa? tak percaya ke saya makan budu?