Ample holiday?
no.. tak cukup
tak bersyukur lagi cik Azyy ni. ish ish.. ok ok.. Alhamdulillah dapat cuti~
weee~
Saya dah letak semua gambar2 peristiwa lalu (yg tak berapa nak lama tu sbb masih dlm tahun ni jugak). Nak lagi? ada lagi. ada 2 aktiviti yg saya janji nak masukkan sini tapi tak buat lagi. kekeke.. Saya ingat janji saya (well, most of the time).
Sekarang apa?
hmmm fikir dulu. Intisari rancangan:
- Saya puas hati sebab sepanjang cuti ni boleh makan semua makanan feberet saya. Mak masak ketam, kerang, lala, sambal udang.. Thank you mak!! dah siap pack segala kerepek mau di bawa pi T’ganu nih. hehehe
- Esok dah nak kena balik Terengganu. Oh mannnn, I really wish there were more holidays…
- Mak Long sakit, mak & abah dah pergi melaka tadi.
- Balik T’ganu nanti akan ditemani myHero. Ingat lagi dia? saya pernah perkenalkan dalam blog ni. Saya akan bawa myHero ke T’ganu for 3 weeks before raya! Sekurang-kurangnya itu pengubat rinduku.
mySweetheart aka NBR ada bersama Nazri untuk dia bawa pi servis. Muahaha - Udin pulak akan ke Amerika untuk 12 hari. Ini yang buat saya jeles ni! atas urusan kerja. Pasang router di sana kalau tak silap. Kasi beli aku jaket din! kekeke.. duit nanti
by the way, what’s interesting there to shop? For me, I just want to visit all the place that I can visit. LOL - Baju raya mesti dah siap dijahit. Nak kena jahit manik sendiri ni. Adihhhh, rajin btl la saya ni. Mau suruh kedai jahit, teda duit. Buat sendiri la kan.
- ada 2 kali lagi untuk di’observe‘. Banyaknya keja mau dibuat ni sebelum raya. Hwaaaaaa~
Bersahur cara Rasulullah
*it’s been soOo long i didn’t update my blog. Here is something to feed the mind and the soul.

{okayy…this is not sahur time. It’s open fasting time. Got problem with it? no? so, keep reading}
Rasulullah s.a.w amat menganjurkan umatnya agar bersahur kerana terdapat keberkatan pada waktu itu. Sabda baginda s.a.w:
Bersahurlah kamu semua kerana sesungguhnya pada waktu makan sahur itu terdapat keberkatan. - Hadis riwayat al-Bukhari no: 1923.
Maksud kerberkatan di sini ialah wujudnya ganjaran serta pahala yang besar di dalam ibadah sahur tersebut. Menurut al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani r.h:
Keberkatan sahur itu diperolehi melalui beberapa segi, iaitu mengikuti sunnah, menyelisihi ahli kitab, menambah kekuatan dan semangat untuk beribadah, menghindari tabiat buruk yang timbul akibat lapar, menjadi sebab untuk bersedekah kepada orang yang meminta saat itu, menjadi sebab untuk berzikir dan berdoa pada waktu yang mustajab dan memberi kesempatan untuk berniat bagi mereka yang belum sempat berniat puasa sebelum tidur.“ Rujuk Fathul Baari, Jil.11, ms. 120.
Antara hikmah disyariatkan bersahur adalah untuk membezakan antara ibadah puasa orang Islam dengan ibadah puasa orang Yahudi dan Kristian (ahli kitab). Sabda Rasulullah s.a.w:
Pemisah (yang membezakan) antara puasa kita dan puasa ahli kitab ialah makan sahur.- Hadis riwayat al-Tirmizi.no: 643
Ibadah sahur adalah ibadah yang begitu agung sehinggakan Allah melimpahkan rahmat dan malaikat-Nya memohon keampunan bagi orang-orang yang makan sahur. Oleh itu, Nabi s.a.w amat menitik beratkan umatnya untuk bersahur walaupun dengan hanya meminum seteguk air. Sabda baginda s.a.w :
Makan sahur ada keberkatan. Oleh itu, janganlah kamu meninggalkannya meskipun salah seorang antara kamu hanya meminum seteguk air. Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat ke atas orang-orang yang makan sahur.-Hadis riwayat Ahmad. no: 10664.
Sebenarnya, kita dibenarkan bersahur sehingga fajar terbit, iaitu sehingga azan solat Subuh dilaungkan. Sabda Rasulullah s.a.w:
Kamu semua boleh makan dan minum sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan kerana sesungguhnya dia tidak akan melaungkan azan (melainkan) hingga fajar sodiq benar-benar telah terbit.- Hadis riwayat al-Bukhari, no: 1919.
Hadis ini secara tidak langsung membantah pendapat sesetengah pihak yang tidak membenarkan makan dan minum apabila telah masuk waktu imsak. Apatah lagi Allah sendiri telah menegaskan bahawa dibenarkan makan dan minum sehingga terbit fajar, iaitu apabila azan Subuh dilaungkan. Firman Allah S.W.T:
Makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam (maghrib). - Surah al-Baqarah:187
Adalah disunnahkan juga untuk dilewatkan sahur sehingga hampir terbit fajar. Sahal bin Saâad r.a berkata:
Aku makan sahur bersama keluargaku, kemudian akupun tergesa-gesa untuk mendapatkan sujud bersama Rasulullah s.a.w. - Hadis riwayat al-Bukhari, no:1920.
Qadi Iyadh r.h berkata:
Tujuan Sahal terburu-buru makan sahur adalah kerana waktunya sangat dekat dengan terbitnya fajar. - Dinukil dari Fathul Baari, jil. 11,ms. 114.
Waktu yang terbaik untuk makan sahur adalah lebih kurang sama dengan kadar waktu seseorang membaca 50 ayat al-Quran iaitu kira-kira 10 hingga 20 minit sebelum azan solat subuh dikumandangkan. Menurut Anas r.a, Zaid bin Thabit r.a berkata:
Kami makan sahur bersama Nabi s.a.w , kemudian baginda berdiri untuk solat. Aku berkata: Berapa lama antara azan dan sahur? Beliau menjawab: Kira-kira (membaca) lima puluh ayat. - Hadis riwayat al-Bukhari no: 1921.
Hadis ini telah digunakan oleh mereka yang berpendapat bahawa waktu imsak itu adalah sepuluh minit sebelum terbit fajar. Apabila masuk waktu imsak maka seseorang tidak lagi diperbolehkan makan dan minum. Namun tafsiran yang benar terhadap hadis tersebut adalah Rasulullah s.a.w langsung mendirikan solat subuh setelah baginda makan sahur. Kadar membaca 50 ayat al-Quran antara azan subuh dan sahur bukan waktu imsak seperti yang disangka oleh mereka, tetapi ia adalah kadar waktu Nabi s.a.w memulakan dan mengakhirkan sahur baginda.
Antara hikmah mengakhirkan sahur adalah:
1. Sekiranya seseorang bangun awal untuk sahur, tentu sekali setelah selesai bersahur dia akan kembali ke tempat tidur. Hal ini memungkinkan seseorang itu meninggalkan solat Subuh.
2. Mengakhirkan sahur juga boleh menambahkan kekuatan bagi orang yang berpuasa. Sekiranya seseorang bersahur terlalu awal maka ia akan menyebabkan seseorang itu cepat merasa lapar, dahaga dan keletihan pada siang harinya.
-artikel oleh Mohd Yaakub Mohd YunuS
..oh ya, Still it is not too late for me to wish Selamat Menunaikan Ibadah Puasa.. ![]()
HOt sunNy Day
Hari ni…
### CUTI ###



di sini la.. (Hari keputeraan Sultan Terengganu)
di sana tidak.. oh.. ada yang cuti jugak la..
Isra’ Mikraj..
Kamu puasa hari ni?
Mak antar mesej 2 kali ngan saya, suruh puasa. hihihi
Rumah ni bila tengahari ja, mesti panas. huhhh.. Setiap hari!! Malam pun sama. Boleh bilang ngan jari, berapa kali rasa nyaman dan sejuk bila duk dalam rumah.
Panas. Dengan connection yang slow dan asyik terputus, memang menguji keimanan. Sekiranya line connection ni berbentuk manusia, sudah lama ku cekik-cekikkk dia!
ehem..
Nak buat ‘kerja’ pulak.

.
Hepi HoliDay bagi yang bercuti.
Selamat berkerja bagi yang tidak bercuti. =p
I’m home to my new home..
Dah 2 hari di rumah baru ni. Masih banyak barang yg tak kemas lg. Termasuk la bilik saya yang penuh dengan kotak. Tak da almari daaa.. Punya banyak belanja untuk pindah rumah. Tambah lagi bila nak kena beli perabot baru. Thanx to Rose (bakal adik iparku. kekeke), sbb tolong kemas rumah. Rajin dia. hehehe..
Di sini, masih banyak rumah kosong. Pokok pun baru di alam ‘kanak-kanak’. Panassss~ Rindunya genting. Sejuk. Nyaman. Air sentiasa sejuk. Udara sentiasa segar. Kalau tak bersenam, mmg takkan berpeluh. Di sini, berjalan dari atas ke bawah pun dah berpeluh. Wakakaka.. matey la ba jugak temberang tu.
Dah dua hari jugak, saya asyik jadi dreber untuk pergi Alamanda. Boleh hafal sikit la jalan. Yang tak bestnya, keluar ja dari simpang perumahan, dah ada trafik light. jalan lagi sikit, trafik light, jalan depan lagi, trafik light. Adeh.. brapa banyak daaa trafik light. Kalau guna sistem sensor, tak pa jugak. Ni tak, duk tercongok la tunggu trafik light tu hijau walau jalan lain tak da kereta. (ni masih tgh baik ni, tgk la dlm beberapa hari lg. Merah pun saya langgar jugak. Wakakaka) Bagus lagi Likas, KK. Trafik light guna sistem sensor.
Tak da la Putrajaya ni tak best sangat. Biasa la tu, setiap tempat pun ada kelebihan & kelemahan. Sini tak da ‘jam’. Lancar ja jalan. Banyak tempat boleh bersiar-siar, shopping alamanda ja la, selasa & jumaat ada pasar malam. Dekat ngan serdang (apa kaitan? banyaaak kaitan
).
.
.
![]()
5 hari cuti ni, apa dah saya buat?
- Pindah barang ke rumah sewa baru.
- Pi majlis Kahwin Nurimah. ehehe.. terkejut dia. (saya rela tak pergi Konvo IPGM bagi kampus2 timur yg bertempat di Kubang Kerian (JPP kena pegi daaa).
- 2 malam tido di rumah kak zie di Kuala Berang. Kami mandi sungai. weeeee~
- Sampai ke rumah baru. Penat wehh kemas2 ni. Paling tak minat unpacking or packing barang. Kecuali balut & buka hadiah
. - Abiskan tengok drama Gokusen 3. Dah lama tak berinspirasi sebagai seorang guru.
- Tengok anime One Piece. Baru mula.
- masih dalam list lagi, main The Sims 3. A-chan balik2 suruh saya main.
Lari tak cukup bumi
Currently doing: sleeping. Now 6.54am..

Kelmarin adalah hari terakhir kami di kampus sebelum cuti untuk 3 minggu. Lepas cuti, terus praktikum.. huyoo.. berdebarnya bila fikirkan.
Kelmarin juga adalah kelas terakhir Pengenalan PJ (kelas PJ seminggu ada 5 kali dan berlainan pensyarah). Kelmarin ujian kecergasan. Untuk 2.4km kami semua pujuk cik Mek Yam, tak payah buat post-test. Ambil je masa pre-test kami yg dulu. Muahaha.. kami tak larat nak lari da… minggu ini adalah minggu siapkan assignment. Semua pun tidur lewat & ada yg tak tidur langsung. Aku yang suka tido ni pun setiap malam tido jam 3pg dan semalam adalah malam kemuncak, tido setengah jam ja. Wakakaka.. Sampai bila uji tekanan darah ari selasa (26.05.09) lepas, aku dengan jayanya memperoleh keputusan tekanan darah rendah.
Lari 4 x 10m
Kelmarin, masa ujian lari 10m ulang-alik 4 kali, aku sungguh la bersemangat nak lari laju. Tengah2 lari, tiba-tiba rasa tak dapat nak seimbangkan badan, eh eh.. nak terjatuh.. tak dapat nak selamatkan diri, aku pun relakan diri untuk jatuh. Sreetttt.. lutut jatuh dulu di atas gelanggang bola tampar (lantai simen plk tu). Seluar pun terkoyak di lutut. Adeh, sodapnyooo..
Kawan-kawan: Berdarah tak?
Aku : Sikit ja (hero la kunun).
Kawan-kawan: Tengok!
Mereka lagi : Azyyy.. berdarah banyak tu!! Cepat balut.
Tq for imah kerana meminjamkan tali kasutnya buat sementara waktu untuk ikat kapas yg tiba-tiba muncul entah dari mana pada lutut ku.
Tiba di bilik pensyarah (dlm Gym)…
Rawatan penuh kasih sayang di berikan oleh kak sue. Bila kak sue sapu ja dettol di lutut, aku pun berkata.. ARGHHHHHHHH…PEDIHNYA!!!
dah lama tak jatuh. dah lama tak luka.
Pelik. Orang lain tak jatuh, aku sorang ja jatuh. Tapi, lari tetap lari. Nanti tak da markah. Luka sikit je. Macam luka jatuh bergeser masa kecil-kecil dulu.
Aku : Cik Mek Yam, semester depan Cik ajar kami PJ lagi?
Cik Mek Yam: Sem depan mana ada PJ. Mengarut je la Azy ni. (ketawa)
Aku : Laaa.. tiada ka? nda bestnya!! Mau PJ.
Rindu la nak PJ lagi nanti. Uhuhuhu..
….
Hari ni dah mula cuti. Kami serumah sewa ni nak kemas barang. Sebahagian besar dah pindahkan barang ke rumah sewa baru. Lagi dekat dengan kampus & dekat dengan rumah tutor kesayangan kami En. Marzuki.
Aku balik rumah (famili) ahad ni. InsyaAllah. Tapi kali ni tak balik genting lagi. Aku balik Putrajaya. Hehehe.. rumah baru. Pindah lagi kami ni. Barang pindah ari tu pun masih ada yg dalam kotak.
Rumah baru. tambah sejam lagi perjalanan dari sini ke sana. jadilah 7 jam. Memandu sorang2… Jangan la mengantok dan terlelap lagi masa memandu kali ni. Very dangerous of me.

wuhuuu.. HOLIDAY!!
Otak Berputar
Currently doing: Still updating blog
..Sweet Memory..

Hari ni cuti. Esok cuti. Ahad cuti lagi.. hehehe.. Ahad cuti ganti utk Wesak day~ 3 hari cuti. Kalo balik genting pun, meletihkan badan je nanti. Tapi bila cuti bln 6 nanti, tak balik genting dah..
kenapa ye? itu saya cerita bila dah tiba masanya..
Ni cuti buat assignment sebenarnya. Minggu depan sibuk lagi. Bulan 5 adalah bulan yang penuh dgn kepadatan aktiviti. Minggu ni aku diserang ke’tension’an teramat yang jarang2 aku alami.

Arghh!!
Sampai ada kawan yg takut nak tegur aku. Muahaha..Sebab sebelum ni mereka semua tengok aku ni asyik senyum dan bergurau memanjang. Macam kanak-kanak riang pun ada. Well, normal la tu. Ada masa main, kita main. Masa serius, kita serius. Tak perlu takut tak perlu risau sebab sekiranya saya tension atau susah hati.. semua tu sekejap je. Lepas tu ok la balik~ Susah hati lama-lama boleh menambahkan lagi kebingungan serta masalah dan setiap masalah, InsyaAllah pasti ada jalan penyelesaian…
OK la geng.. ni je dulu.
Kenapa saya saya rasa macam saya banyak berhutang dengan blog ni? Banyak entri sepatutnya ada tapi belum ada.. kekeke.. kasi tension diri sendiri ni
..Doa Apabila Susah Hati..


..Muka bila tension..
Bergaya.. Berkeyakinan.. Seksi
Currently watching: The Brooke Ellison story

Lamanya tak mandi pantai. Best sangat. Ombak banyak pulak tu. Oh, skrg ni saya di Cherating. Ni kali kedua datang sini. Masa pertama kali stay di Sanctuary resort, tak sempat pun nak mandi pantai. Kali ni stay di Holiday Villa. Melepaskan geram nak mandi laut. uhuhuhu..
Terus terang la cakap. Aku tak pandai berenang. kekeke.. tapi dah tau terapung, mama ida yg ajarkan masa bercuti di pantai bagan lalang. Senang. Sekali je diajar, terus pandai.
belajar berenang, nanti la.. takda sapa nak ajar sekarang ni.
Oh, tadi tengok berita. Lagi satu pengakuan, aku memang jarang tengok berita di TV. Ntah la, mula tak suka tengok masa bila ya?? tak suka sebab ada isi berita yg tak mau tengok. hehehe.. tp sekarang ni ada kurang sikit pasal benda2 tu. so, tengok je la. Lagipun, I really need to know about what happens around me.
Isi berita yang menarik perhatian kali ni ialah pasal wanita sanggup korbankan keselesaan untuk bergaya. Pakai kasut tumit tinggi.. Aku yakin, semua wanita yang pakai kasut tumit tinggi tu tahu kesannya bila pakai kasut tu terlalu lama. Tak nafikan pun bila pakai nampak cantik tambah lagi kalau kasut tu memang dah cantik..
Kasut paling tinggi yang aku ada pun, 2 stgh inci. Kasut but la tapi. Sandal yang biasa aku pakai tu 2 inci. hmmm.. ya ka. nda ukur pulak. Tapi tapak lebar. Tak boleh nak pakai yang kurus macam batang pensel tu. Belum belajar lagi. huh? ada hati tu nak pakai… hehehe [maybe, suatu hari nanti adala tu]
Kadang-kadang aku hairan tengok mereka-meraka yang setia memakai kasut tumit tinggi lebih dari 3 inci. Mak oooiii.. Kalo aku pakai, maybe nampak macam itik berjalan terkedek-kedek.. Pernah sekali, aku conduct senaman masa tamrin helwa. Ada seorang kakak ni, dia memang suka pakai kasut tumit tinggi. Sampai masa bersenam tu pun dia pakai heels. Siap cakap kat aku, “Jangan ko risau Zy, bawa ja kami berlari. Kakak boleh ja ni walau pakai kasut macam ni“. Hehehe… macam-macam..
Bergaya.. Berkeyakinan.. Seksi..
Lelaki tak kan faham macammana semua tu boleh dirasai oleh wanita bila pakai kasut tumit tinggi. Ntah la, memang tak boleh nak describe. tapi memang itu laa…
hehehe..
Tapi kesihatan memang tak boleh nak nafikan. Boleh pakai, cuma jangan terlalu lama dan terlalu kerap. Kesannya memang terlalu banyak. Luka la tulang korang nanti. Paling tak bagus, bila kuku kaki korang akan menebal dan kaki pun boleh berbau sebab fungus. eh, betul. Baca sini kalau nak tau lebih lanjut.. Flat facts about high heels. Ada beberapa saranan kesihatan lagi yang diberikan dalam artikel tu. tu kena baca la ye..

Full view [Right-click + view image]
..Just remember girls. Shoes are only one of the fancy adding tools to make you feel confident. It is you, yourself who can make it happens.

..Sayangilah kaki anda..




