Look where are we..
Watch closely..

SubhanaAllah..hebatnya ciptaanmu Ya Allah.
we are actually that Small. Tiny. Petite. Puny.
Terlalu kerdil, nak jentik pun tak dapat..
“Tidaklah Aku berikan ilmu kepadamu, kecuali sangat sedikit sekali,“
-(Surat Al Isra’ ayat 85).
An inconvenient truth
Currently doing: Nothing much.. kekeke

Sebuah filem dokumentari dan speakernya ialah Al Gore. Terbit tahun 2006. Lama dah ye. Aku je baru tengok bulan lepas..
Dah menang banyak anugerah pun. Lagunya “I need to Wake Up” oleh Melissa Etheridge pun ada menang anugerah.. Oh, best lagu dia. hehehe
Bila dah tengok filem ni, pemahaman mengenai pemanasan global insyaAllah dah bertambah. Mudah untuk difahami dan terasa kesannya tu.
Secara ringkasnya, dokumentari ni pasal isu Pemanasan Global [Global Warming]. Benda ni dari kecik lagi kita dah belajar kan. Kita juga setuju bahawa kita manusia ni yang banyak menyumbang kepada pemanasan global dan kesan rumah hijau. Malah, Malaysia sendiri menyokong perjanjian kyoto [Kyoto Protokol]. Jadi tak ada masalah sangat bagi kita nak terima kesan buruk dari Pemanasan global ni. Tak da la tertanya-tanya…
Global Warming ni Mitos atau Fakta? Teori atau Realiti?
Sedang saya mencari trailer untuk filem ni d youtube, terjumpa pula dengan beberapa video lain yang melawan filem al-Gore ni. Ada yang cakap al-Gore menipu la, cuba nak takut-takutkan orang la, al-Gore hipokrit la, dia buat tu untuk kepentingan diri-sendiri la, POLITIK la… ramai pulak yang benci dia buat filem ni ye.
hehehe
Di Amerika masih lagi berdebat pasal isu pemanasan global ni. Ye le, mereka kan masih lagi tak sehati sejiwa dengan negara lain mengenai perjajian kyoto. Sebab kenapa? Sebab kalau mereka setuju, syarikat lingkup daaa.. Bisnes tak jalan. Penyumbang terbesar pemanasan global ni Amerika ler.
Saya tak tahu sejauh mana kebenaran ucapan al-Gore dalam filem ni. Sebab kalau percaya bulat-bulat.. dalam masa 50 tahun lagi Malaysia akan habis tenggelam dengan air laut. Nak percaya ke tak? Haa.. tu kena rajin cari dan belajar sendiri.
Tapi kebanyakan orang-orang korporat amerika akui memang ada pemanasan global. Tapi kesan sampai banjir setinggi 20kaki disebabkan ais di Greenland cair tu mereka tak setuju. Alaahhhh.. lama lagi la tu. 100 atau 1000 tahun lagi. Lama lagi nak beralih ke zaman ais batu. Amboi~ sedapnye cakap macam tu. Mentang-mentang masa tu dia dah mampus. eheh.. sorry for the language..
Ditambah lagi yang mengatakan proses pemanasan global ni memang normal.
Earth do that. It’s nothing got to do with us human.
What? you say poor people cannot go and buy car?
aihhh.. buat sakit hati je dengar kata-kata orang begini.
Disebabkan keraguan-keraguan dan percanggahan fakta yang banyak sangat [mostly come from americans], orang amerika pun ramai yang jadi bingung.
Dah, cukup la pasal mereka tu.
Jangan lupa. Jangan ragu-ragu…
Tengoklah filem ni. Tambahkan lagi pengetahuan tu. Nak filem ni boleh la tinggalkan e-mel anda di ruang komen. Saya boleh e-melkan.
Singah-singah juga di laman web rasmi filem ni di www.climatecrisis.net
“Doing the right thing move us forward” -al Gore
~~~~~
dalam beberapa hari selepas ni hingga selasa depan saya tak online ye. Malas pulak nak bawa laptop kehulu kehilir.. Lain la kalau saya ada HP Mini 1000 Vivienne Tam edition series.. hehehe.. bergaya sungguh ler kalau macam tu. Nak online guna handphone ni malas, tak best. Skrin kecik.

Kita khalifah Allah yang mentadbir bumi maka Bumi adalah amanah kita.



