I’m homeeee…~
Baru je sampai rumah~
Bertuah sungguh sebab tak ‘jem’ di lebuhraya pantai timur. Laluan yang sesak selalunya daripada KL ke T’ganu (kelantan mmg akan ‘jem’ bila cuti. tak kira cuti panjang ataupun cuti sehari). Masa ikut laluan Jabor tadi pun dah berasak-asak kereta nak ke Tganu. uhuhuhu..
Semalam pesanan Nazri:
“Pandu kereta jangan lebih 100km/j. Skrg polis tengah beroperasi. Memang tanda kelajuan lebuhraya selalunya 110km/j, tapi masa cuti ni dah diturunkan had laju.”
Tadi abah call (2 jam sebelum sampai rumah):
“Bawa kereta berapa laju? jangan lebih 100 km/j. (abah tgh check saya sbb sblm ni bgtau dlm blog ni saya bawa lebih 120km/j. hehehe)”
..Mengantuk betul tadi. Bukan kurang tidur, tapi BOSAN!
Alhamdulillah selamat sampai rumah.
K la, nak rehat lagi.
Apa-apa pun… Selamat BERCUTI!! Malam ni InsyaAllah update lagi.

..ambik & edit masa dalam perjalanan balik tadi..
(elak ngantok daaa)
Cuti yang tak panjang
Sekarang jam 7.39 pagi. Diluar masih berkabus. Burung-burung tengah keluar mencari makanan. Berkicau-kicau, bergurau senda tanda hari dah pagi~
Malasnya nak balik hari ni. Aku ni lemah betul kalau nak kena drive seorang. Tapi kalau dah terpaksa, kena la jugak~ Cermin depan kereta ada retak kecil. Ari tu masa dalam perjalanan pulang, ntah batu dari mana pi lompat kat cermin. Kuat pulak tu. Semalam baru aku perasan ada retak. Adeh, ni nak kena extra precaution time drive nanti. Kena la bawa slow.. di highway?? ya Rabbi, tertido la aku.

Cuti ni, best la jugak~ Mas sahabatku seorang tu akhirnya dah diijabkabulkan pada 24 Jan 09. Aku sampai genting 23hb. Jadi, memang dapat la pergi. Setelah lama menunggu, termakbul jugak doa dia nak kahwin tahun ni.
Aku mula2 nak ajak Elizabeth pergi (Aku tak suka jadi lone-ranger), tapi dia kena balik perak la pulak. Mangsa terakhir ialah Nazri. Hehehe.. tapi lewat jugak la kami sampai di rumah Mas. Petang dah, tetamu yg dtg pun tinggal seciput ja.
Nazri pelik bila Mas & Alfi (Suami Mas) bercakap dengan dia macam dah lama kenal. Well, selalunya.. sekiranya orang tu boleh buat macam dah lama kenal dengan Nazri walau tak pernah jumpa, itu menunjukkan orang itu adalah sahabat baik saya~
Haaa~ ini pertama kali saya sebut nama Nazri dalam blog ni banyak-banyak. Bersedialah la ye, lepas ni akan lebih banyak. Siapa dia? Apa kaitan dengan saya? Perlahan-lahan saya akan ceritakan.
Cuti dah abes.. cuti dah abes..
Esok ada kelas~ Aku masih cuba nak membiasakan diri dengan kalender negeri Terengganu ni. Ye la, mereka cuti hari jumaat & Sabtu. Ahad-Khamis kerja & sekolah macam biasa. Kadang-kadang tu aku boleh hilang arah panduan dalam kalender mingguan. wahahaha..
Setiap pagi ada perhimpunan. Memang macam di sekolah la. Kena pakai baju kurung. Kasut hitam (aku terpaksa pakai but aku. Kasut hitam satu tu rosak tapaknya). Tudung pulak hanya dibenarkan warna putih atau krim. Kesiannya nda banyak pilihan. Tapi itu pun lebih baik daripada dorang suruh pakai baju hitam putih setiap hari. Urghhh~
Oh ya, saya masih teruja dengan minor PJ. Hihihihi.. PJ best~ boleh main2. Nanti ada gimnastik lagi. huyooo~ Kena jadi cikgu fit ni
seminggu ada 5 jam. Sains pulak, seminggu 6 jam. Hahaha.. bagus ambik major PJ terus.
Makin panjang pulak melalut bercerita ni. Nanti tak sabar nak pi pulau-pulau sekitar Terengganu. Laut dia cantikkkk~ warna hijau. kekeke.. Pulau di sabah pun tak pergi. Uhuhuhu.. Ye le, dulu saya ni memang tak panjang kaki, tak luas langkah kalau pasal nak bersiar-siar ni. Tapi sekarang… jeng jeng jeng~
Ok, take care you all.. Nak ready untuk balik ke rumah sewa ni..

..Studying is EXCITING..




