*This is like sooo old event 2
Nak tau tak?
Saya rindu memanah..!!
Entri kali ni pasal pertandingan tertutup memanah (tak boleh buat terbuka, tak semua orang tahu memanah. Dangerous) peringkat kampus.
Foto pilihan
Mari..mari mariii.. pilih anak panah anda!! tak semua anak panah ada ‘fletchers‘.. tak pe, yang penting semangat bertanding tu ada.
Mula-mula tunggu. Ambil aura dulu
Kemudian kita shoot!!
Pengerusi & Naib pengerusi Kelab memanah KPLI ‘09. Dua-dua jadi Director of Shoot (DOS). Kerja kami? kira macam DJ yang menjaga masa, meniup wisel, berceloteh dan memainkan lagu.
It’s an art! Art of archery. If only I trained more..
Amacam? ada gaya atlit memanah tak? kekekeke
Saya nak tunjuk lebam di lengan masa hari pertama memanah. Tapi, saya segan nak letak gambar tu di sini. Lainlah kalau pembaca blog saya ni semuanya wanita. Maka dengan itu, tak jadilah nak tunjuk. Tapi, memang jelas la lebamnya. Kali ke-2 memanah, dah tak ada lebam. Dah tahu macammana nak adjust lengan masa memanah.
Lagi sekali.. saya galakkan anda semua belajar sukan ni.
A handsome sport I tell you~
Untuk gambar lagi.. klik la sini Memory Indah.
Target Sport
Currently doing: Kerja rumah Sains.. hihihi

Khamis lepas (26.03.09) kami ahli-ahli sukan memanah ni diajak oleh pensyarah kami untuk pergi ke UDM Kampus Kusza (dalam 5min je dari rumah sewa). Ada program Cari Juara (memanah) untuk budak-budak sekolah. Nak tengok sendiri macammana pengurusan dan susun atur program tu. Tapi yang paling utama ialah untuk bertemu dengan Jurulatih Sukan Memanah Negara iaitu En. Abdul Razak Yaacob. En.Razak merupakan Jurulatih kepada pensyarah memanah kami tu. Pensyarah kami Pn. Sakhiyyah ni bekas atlit memanah di Universiti dia dulu.
Banyak la soalan2 berkaitan dengan memanah ni kami ajukan kepada En.Razak. Siap buat demo cara nak shoot depan En.Razak lg. Nak minta dia tlg betulkan gaya memanah kami. Ehem~ Saya dapat pujian ada bakat tuuu.. ye la, Imah pun dapat jgk pujian membina semangat tu.
Tapi bila tengok budak-budak sekolah rendah tu dapat bullseye, adehhh.. lemah lutut. hahaha.. Ye la, kami baru je dapat shoot waktu kelas memanah selasa lepas. Kelas sebelum ni hanya belajar nak pasang busur dan belajar teknik memanah. Mana nak bullseye terus.. kan?! hihihi
But, I suggest to all of you. Belajar la sukan memanah. Seronok. Budak-budak sekolah yang belajar memanah (Target sport) ni akan lebih berdisiplin. Berbanding dengan budak-budak sekolah yang ikuti sukan open skill contohnya bola sepak, hoki dll.. ni bukan saya yang cakap, ni En.Razak yang bagitau. Pelajar sukan memanah lebih fokus, tak ada vandalisme, teliti dan berdisiplin.
…lebam di lengan kiri ni belum hilang lagi. Lepas ni memang habis la balut dengan crepe bandage then pakai arm guard lagi untuk memanah.
..MALAM NI JANGAN LUPA TUTUP LAMPU..
Earth Hour 2009 - Sign up for Earth Hour!









