Untukmu Teman



✖ examination |igˌzaməˈnā sh ən|

UPSR'09

Aku masih ingat lagi sewaktu aku menduduki Ujian penilaian Sekolah Rendah (UPSR). BM kertas 2, bersemangat menulis karangan. Dalam tengah seronok mengarang, tiba-tiba kertas terkoyak sebab aku padam kuat sangat. Muahahahaha. Aku tengok jam, alamak tinggal 10 minit lagi. CEMAS! Kelopak mata belah kanan dah gerak-gerak. ‘macammana ni….?!’. Aku angkat tangan nak minta kertas baru. Dengan sepantas kilat, aku berjaya menyalin dan menyiapkan karangan tu tepat pada masa. Fuhhh.. lega!

Keputusan UPSR? Sangat cemerlang. Alhamdulillah. Ingat lagi bila balik rumah, aku pura-pura tidur di bilik. Nak bagi suspen mak yang baru balik dari sekolah. Mak sampai je rumah, terus masuk bilik aku tanya keputusan UPSR (muka mak risau+teruja masa tu sebab tengok aku yang sedang pura-pura tidur di bilik). Bila aku bagitau mak, terus mak peluk aku! Gembira la tuuu.. hehehe

Sweet momory huh?! :)

But, my PMR not as cemerlang as UPSR (but still good thou). Why??

Saya nak kongsi satu rahsia kecemerlangan:

Kawan, sahabat yang kita pilih sewaktu kita belajar.

Kawan akan memberikan pengaruh yang sangat besar dalam setiap aspek kehidupan kita. Tak perlu cakap panjang la, saya bagi contoh yang betul punya. Masa darjah 6 dulu, saya dikelilingi oleh kawan-kawan yang sangat  rajin. Saya ulangi, SANGAT rajin! Kami akan bersaing siapa yang dapat menyiapkan buku kerja tambahan paling awal dan paling banyak. Tolak kelas-kelas tambahan yang sekolah buat (ni faktor yang lain). Dalam kelas tu, persaingan sangat tinggi. Sekolah  kebangsaan ye. Tak perlu masuk ke sekolah cina untuk dapatkan persaingan. Bunyinya banyak belajar tak da main. No. Belajar is belajar. Main is main. I had my fun and joy.

Bila masuk sekolah menengah (sek Agama, maka ada asrama), budaya bersaing tu kurang. Mula la bersenang-lenang. Aku tak duk asrama, walau diwajibkan dan ini menyebabkan aku diganggu oleh godaan-godaan kehidupan di rumah. Menjadikan keputusan PMR pun kurang 2A. Mak helped and forced me a lot during those days (ni faktor pendorong kecemerlangan).

Jadi, kawan itu penting! (bukan bermaksud kawan-kawan masa tingkatan 1-3 saya tu malas, cuma kurang rajin berbanding kawan sekolah rendah dulu hehehe tapi ada jugak yang dapat straight A dalam PMR. diurang belajar sembunyi2 niiii.. hehehe rilek ba).

I don’t really mind the result i got in those exams, but the memories the experiences that i gained from the journey to reached there that had taught me a lot and shape me the way I am now. but still, the result will determine which path will i walk. So, both are important but not as important as the voyage of discovery (betul ka ni. suka hati ja menaip).

Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah :) for everything I got and the way I am now.

Pilih la kawan yang baik. Betapa mereka akan mempengaruhi kita. Lihat sajalah masalah sosial remaja yang ada sekarang ni. Salah satu punca utama ialah pengaruh rakan sebaya.

Choose your friend wisely.

Hadis al-Bukhari dari Abu Musa al-Asy’ari, bermaksud:
“Diumpamakan rakan yang soleh dan rakan yang jahat ialah seperti (berkawan) dengan penjual minyak wangi dan tukang besi. Penjual minyak wangi tidak akan mensia-siakan anda, sama ada anda membelinya atau hanya mendapat bau harumannya. Tukang besi pula boleh menyebabkan rumah anda atau baju anda terbakar, atau mendapat bau busuk.”

…Sekarang minggu UPSR. Rilek tak payah buat lesson plan. muahahaha.

K, jangan tension. Meh tengok ni..
Photobucket

hihihihi




Leave a Comment

(required)

(required)



Formatting your comment
Back to Top | Textarea: Larger | Smaller