✖ jobs need to be done
Alhamdulillah, kelmarin saya dah selamat sampai ke rumah sewa pada jam 5ptg dan sempat singgah bazaar ramadhan di Gong Badak [dekat rumah sewa lama dulu, rumah sewa baru sekarang di Gong Pak Jin]. Perjalanan seperti biasa, ambil masa 7 jam. Tapi yang menghairankan saya, kenapa masa saya pulang ke putrajaya minggu lepas hanya mengambil masa 5 jam. Mungkin disebabkan
- saya pandu kereta dengan kelajuan antara 110 - 130km/j. (sedikit laju daripada biasa)
- lori pun tak banyak sepanjang jalan daripada Ajil ke tol Jabur (sepanjang laluan permandangan kelapa sawit).
Tapi NBR tak boleh bawa selaju itu, terbang nanti..
Kesimpulannya, baru saya sedar sebelum ni saya pandu kereta dengan rileknya sehingga menyebabkan saya mengantuk.
Jap, apa kaitan dengan tajuk entri
..sekarang ni di sekolah. Kelas untuk mengajar dah tak da. Esok cuti. Kerja BANYAK! Rindu ramadhan. Jom imarahkan malam-malam ramadhan ni. Kurangkan tidur. Cukup la, kan dah 25 tahun tidur. Cuba kira, berapa jam dah kita tidur selama kita hidup ni. Saya malas nak kira, jgn tanya saya. Tapi saya yakin, masa tidur saya lebih banyak daripada masa bekerja. muahahaha
Bila niat kita baik kerana Allah S.W.T, biar sesibuk manapun kita tapi kita wujudkan juga ruang untuk mengaji al-quran, solat sunat, InsyaAllah masa untuk kita buat kerja-kerja yang lain tu akan ada dan kerja menjadi mudah.
Firman Allah;
“Barang siapa yang mengerjakan amal saleh, baik laki-laki ataupun perempuan dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan.” -An-nahl ayat 97.
Ikhlas kerana Allah ta’ala.






Azzy boleh kamu cerita pengalam yang paling terkesan selama ini.
Dan cita-cita kamu yang setinggi-tingga itu apa untuk pencapaian….??
Kapan kamu marreid dan ingat tak saka aku..??
Posted August 31, 2009, 11:59 amPengalaman paling terkesan pada saya? ada, insyaAllah akan diceritakan.
cuma yang saya tak fahm soalan kamu ni
“Dan cita-cita kamu yang setinggi-tingga itu apa untuk pencapaian….??”
adakah bermaksud bagaimana saya mau capai cita2 saya? atau apa?
InsyaAllah, I’ll be married next year. Ya, saya ingat sama kamu.
Posted September 4, 2009, 12:50 pm