Jumaat = Friday, Durian = Durian
Currently doing: makang duriang..
Musim durian sekarang kan~ Tapi durian masih mahal jugak la. Tunggu lama sikit baru blh murah (Lain la kalau di segamat, sana sebiji durian harga dah jatuh kepada Rm1. Melimpah ruah dengan durian). Tapi saya tak tahan la nak tunggu lama. Mana tak nya, hari2 ms balik dari sekolah nampak di tepi jalan ada orang jual durian. Uihh.. tergugat iman.

Pasar batu enam
.

.Kak Zie & syafiah tekun melihat durian.
.

Besar durian ni. isi tebal, kulit nipis. Durian kacuk..
.
Korang…
pernah makan nasi durian tak?
Saya tak pernah. Syafiah memperkenalkannya pada saya.

Bahan-bahan (hidang utk seorang):
3-5 ulas durian.
Gula.
Garam.
Air.
Nasi.
Cara-cara menyediakannya:
Gaulkan semua bahan tadi. BIji durian boleh keluarkan. Kuantiti bahan ikut suka korang nak banyak mana. Nak manis, lebihkan gula. Nak kurang rasa lemak, tambah garam (betul ka tu. Suka ati ja aku ni). Tak nak pekat, lebihkan air.
Akhir sekali, masukkan nasi dan gaul hingga sebati. =p
Hasilnya…

Muahahaha.. Saya hanya dapat makan 1 1/2 sudu ja. Muak & manis.
Kuantiti nasi durian kami sama ja ye. Tapi syafiah blh habiskan nasi dia.
Ni semua syafiah punya pasal. Bagi banyak sangat. Kan dah tak habis. Banyak pulak tu. wakakaka…
Lain kali kalau nak cuba tu, buat dlm kuantiti yg sedikit ja. Apooora cik Azy ni.
*Amaran kepada sesiapa yang tak suka makan tempoyak. Lebih baik korang jgn cuba. Hehehe
Cara buat tempoyak: Isi durian + garam. Gaul rata guna sudu ye, jgn guna tgn. Kemudian simpan dalam botol. Tutup rapat. Setiap hari buka sikit penutup tu kacau nak buang gas dia. If terer, blh tahan bertahun.
Lagi satu, saya tak berapa suka makan tempoyak. Itu pun Nazri yg ingatkan saya. Saya sendiri lupa yg saya tak suka tempoyak. Muahaha (tapi udang masak tempoyak, dan tempoyak goreng ngan ikan bilis saya suka pulak.)
Apa-apa pun, korang cuba la nasi durian tu.
Mana tau korang suka, kan??!!
Untuk hilangkan rasa nasi durian tadi, saya makan keropok lekor yg digoreng terus tanpa rebus dahulu. Keropok lekor camtu yg paling sedapsekali!! Jeles tak baca? muahahaha..
Tiba-tiba rasa nak makan cencalok. fuhhh~ terliur pulak. Saya makan nasi ngan cencalok ja pun, dah boleh dah~ hahaha
Belacan jgn tanya la. Tu no1 faveret!! Pisang cecah belacan goreng pun jadi! bukan pisang goreng ye. Buah pisang tu, yg lepas dibuka kulitnya.
Budu? Budu pun sedap. Kenapa? tak percaya ke saya makan budu?




erkk..aku lagi la xmampu makan nasi durian..
dasyat eh kawan ko..
budu? knp pula x pecaya? i pun makan budu fes time kat sini bila org kelate dpn rmh bagi..heh~ bangga2..lol
xpenah lagi mkn pisang fresh dgn belacan..pisang goreng penahla
Posted July 3, 2009, 4:47 pmuish.
kaLau mak buat, mak Letak ssantan. tapi kaLau takda santan, Letak susu. memang Lemak giLa rasa dia tapi sedap owh!
cuma, buat benda tu masa DURIAN MAHAL & SIKIT. kaLau durian murah & banyak, Lebih nikmat kaLau makan begitu saja. ngeee~
jeLes korang kat smnnjg! SABAH MAHAL GILA DURIAN!
Posted July 3, 2009, 8:45 pmipa: aaa..ko kn nda brapa suka mkn durian.. so, nda heran la.. =p ko try mkn pisang cecah belacan mak masak. sedap!! hehehe
Nad: pengat ka Nad? pengat mmg sedap. slalu di buat kalo ada durian yg sikit. ramai bulih makan. Bubur kacang + durian pun sedap!!
Posted July 3, 2009, 9:20 pmpasni mkn mcm2 penyakit pun boleh dtg mcm2.. muahaha
Posted July 3, 2009, 10:05 pm