Batik Art
Seperti yang kita tahu, kakitangan kerajaan Malaysia diwajibkan memakai baju batik pada setiap hari khamis. Ini menjadikan perniagaan batik mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
Saya di Terengganu ni berpeluang untuk melihat sendiri proses membuat batik..
Kak Ju, seorang usahawan muda (punya ijazah Art & Design) baru 5 bulan mengusahakan perniagaan batik yang dioperasikan dirumahnya di Kg. Gemuroh, Kuala Terengganu.

Ini antara design batik Kak Ju.
Kak Ju sebenarnya melukis ikut apa yang pelanggan mahu. Pelanggan nak corak apa, warna dan jenis kain.. semuanya terpulang pada pelanggan.
Teruja jugak bila dapat tengok sendiri macammana batik dibuat. Paling best bila kita boleh minta sendiri batik macammana kita nak. Lagi, murah sebab direct from the factory. hihihi
Tempahan sangat banyak. Tak menang tangan jugak Kak Ju nak buat. Belum nak upah pekerja lain lagi, minta ahli keluarga je tolong-tolong sikit. Masih baru kan, modal belum banyak lagi~

Proses mencanting dan membuat kain batik
Petang kelmarin adalah kali ke-3 saya datang ke rumah Kak Ju ni. ehehehe.. Lama jugak duk sana sebab nak tengok macammana kak Ju buat kerja dia. Siap pergi kait buah duku lagi. Rumah Kak Ju ada banyak pokok buah-buahan.

ehem.. dapat peluang warnakan batik. Kekok je nampak.
(hancur kain orang dibuat aku. kekeke)
Kak Ju siap offer lagi saya untuk buat kain batik sendiri. Waaaa.. Ini sudah bagus! Boleh boleh. Kena fikir design apa nak, kemudian cari hari yang sesuai boleh la buat projek tu. hihihi Tak sabarnyeee..
Okey kawan-kawan.. Saya ceritakan je ni. Nak tempah, datang sini sendiri ye. Saya malas nak jadi orang tengah.
InsyaAllah ada masa, nak pi tengok macammana songket dibuat pulak~

..Excited to try & learn everything..
Stepping out Week 6
Minggu ini adalah minggu ujian OTI di sekolah.
Murid sekolah rendah. Waktu ujian pun macam tak ujian. Kalau ujian kertas 1 tu, cepat je siap. Pastu, mula la bising. Nasib je tak jaga kelas darjah 1. uhuhuhu..
Ujian pendidikan Islam, Jawi, Arab, BI.. bersedialah untuk ditanya oleh mereka ni. Memang akan diminta terjemah, lepas sorang- sorang.. Nak senang, bacakan je semua soalan tu untuk mereka (macam sorang kawanku buat,hehehe). Rasionalnya, dalam sekelas tu ada 2 orang je boleh membaca jawi. Kalau tak terjemah, 0 la markah sebab tak boleh jawab.
Kadang-kadang tu kesian sangat tengok murid yang tak tahu nak jawab sebab tak boleh baca. One of the Bubbly group’s member (ingat lagi kump ni? hehehe), tekun menjawab soalan dengan menyalin semula soalan.. Lemah aku tengok.
What can I do for them within these short of times here?
..$..
Kena tanda kertas ujian murid.. Sains Darjah 1 & 5. BI darjah 3 lagi ye.. (untuk kertas BI, siap janji nak bagi hadiah siapa dapat A. Skali yg dapat A ramai, duit pun beramai-ramai la keluar)…. Tak pe, bukan selalu.. hari2 jaaa~




