Untukmu Teman


I’m home to my new home..

PhotobucketDah 2 hari di rumah baru ni. Masih banyak barang yg tak kemas lg. Termasuk la bilik saya yang penuh dengan kotak. Tak da almari daaa.. Punya banyak belanja untuk pindah rumah. Tambah lagi bila nak kena beli perabot baru. Thanx to Rose (bakal adik iparku. kekeke), sbb tolong kemas rumah. Rajin dia. hehehe..

Di sini, masih banyak rumah kosong. Pokok pun baru di alam ‘kanak-kanak’. Panassss~ Rindunya genting. Sejuk. Nyaman. Air sentiasa sejuk. Udara sentiasa segar. Kalau tak bersenam, mmg takkan berpeluh. Di sini, berjalan dari atas ke bawah pun dah berpeluh. Wakakaka.. matey la ba jugak temberang tu.

Dah dua hari jugak, saya asyik jadi dreber untuk pergi Alamanda. Boleh hafal sikit la jalan. Yang tak bestnya, keluar ja dari simpang perumahan, dah ada trafik light. jalan lagi sikit, trafik light, jalan depan lagi, trafik light. Adeh.. brapa banyak daaa trafik light. Kalau guna sistem sensor, tak pa jugak. Ni tak, duk tercongok la tunggu trafik light tu hijau walau jalan lain tak da kereta. (ni masih tgh baik ni, tgk la dlm beberapa hari lg. Merah pun saya langgar jugak. Wakakaka) Bagus lagi Likas, KK. Trafik light guna sistem sensor. ;)

Tak da la Putrajaya ni tak best sangat. Biasa la tu, setiap tempat pun ada kelebihan & kelemahan. Sini tak da ‘jam’. Lancar ja jalan. Banyak tempat boleh bersiar-siar, shopping alamanda ja la, selasa & jumaat ada pasar malam. Dekat ngan serdang (apa kaitan? banyaaak kaitan :P ).

.

.

funny icon Pictures, Images and Photos

(gambar tiada kaitan dengan siapa2. but my Terengganuian friends say I’m gedebeh. Tanya org Terengganu kalau nak tau maknanya)

5 hari cuti ni, apa dah saya buat?

  1. Pindah barang ke rumah sewa baru.
  2. Pi majlis Kahwin Nurimah. ehehe.. terkejut dia. (saya rela tak pergi Konvo IPGM bagi kampus2 timur yg bertempat di Kubang Kerian (JPP kena pegi daaa).
  3. 2 malam tido di rumah kak zie di Kuala Berang. Kami mandi sungai. weeeee~
  4. Sampai ke rumah baru. Penat wehh kemas2 ni. Paling tak minat unpacking or packing barang. Kecuali balut & buka hadiah ;) .
  5. Abiskan tengok drama Gokusen 3. Dah lama tak berinspirasi sebagai seorang guru.
  6. Tengok anime One Piece. Baru mula.
  7. masih dalam list lagi, main The Sims 3. A-chan balik2 suruh saya main. :P
~~~~tengok je la gambar barang masih bersepah untuk dikemaskan tu. Gambar diambil pada 31 Mei 2009.