Untukmu Teman



Lari tak cukup bumi

Currently doing: sleeping. Now 6.54am..

Kelmarin adalah hari terakhir kami di kampus sebelum cuti untuk 3 minggu. Lepas cuti, terus praktikum.. huyoo.. berdebarnya bila fikirkan.

Kelmarin juga adalah kelas terakhir Pengenalan PJ (kelas PJ seminggu ada 5 kali dan berlainan pensyarah). Kelmarin ujian kecergasan. Untuk 2.4km kami semua pujuk cik Mek Yam, tak payah buat post-test. Ambil je masa pre-test kami yg dulu. Muahaha.. kami tak larat nak lari da… minggu ini adalah minggu siapkan assignment. Semua pun tidur lewat & ada yg tak tidur langsung. Aku yang suka tido ni pun setiap malam tido jam 3pg dan semalam adalah malam kemuncak, tido setengah jam ja. Wakakaka.. Sampai bila uji tekanan darah ari selasa (26.05.09) lepas, aku dengan jayanya memperoleh keputusan tekanan darah rendah.

Lari 4 x 10m

Kelmarin, masa ujian lari 10m ulang-alik 4 kali, aku sungguh la bersemangat nak lari laju. Tengah2 lari, tiba-tiba rasa tak dapat nak seimbangkan badan, eh eh.. nak terjatuh.. tak dapat nak selamatkan diri, aku pun relakan diri untuk jatuh. Sreetttt.. lutut jatuh dulu di atas gelanggang bola tampar (lantai simen plk tu). Seluar pun terkoyak di lutut. Adeh, sodapnyooo..

Kawan-kawan: Berdarah tak?

Aku : Sikit ja (hero la kunun).

Kawan-kawan: Tengok!

Mereka lagi : Azyyy.. berdarah banyak tu!! Cepat balut.

Tq for imah kerana meminjamkan tali kasutnya buat sementara waktu untuk ikat kapas yg tiba-tiba muncul entah dari mana pada lutut ku.

Tiba di bilik pensyarah (dlm Gym)…

Rawatan penuh kasih sayang di berikan oleh kak sue. Bila kak sue sapu ja dettol di lutut, aku pun berkata.. ARGHHHHHHHH…PEDIHNYA!!!

dah lama tak jatuh. dah lama tak luka.

Pelik. Orang lain tak jatuh, aku sorang ja jatuh. Tapi, lari tetap lari. Nanti tak da markah. Luka sikit je. Macam luka jatuh bergeser masa kecil-kecil dulu.

Aku : Cik Mek Yam, semester depan Cik ajar kami PJ lagi?

Cik Mek Yam: Sem depan mana ada PJ. Mengarut je la Azy ni. (ketawa)

Aku : Laaa.. tiada ka? nda bestnya!! Mau PJ.

Rindu la nak PJ lagi nanti. Uhuhuhu..

….

Hari ni dah mula cuti. Kami serumah sewa ni nak kemas barang. Sebahagian besar dah pindahkan barang ke rumah sewa baru. Lagi dekat dengan kampus & dekat dengan rumah tutor kesayangan kami En. Marzuki.

Aku balik rumah (famili) ahad ni. InsyaAllah. Tapi kali ni tak balik genting lagi. Aku balik Putrajaya. Hehehe.. rumah baru. Pindah lagi kami ni. Barang pindah ari tu pun masih ada yg dalam kotak.

Rumah baru. tambah sejam lagi perjalanan dari sini ke sana. jadilah 7 jam. Memandu sorang2… Jangan la mengantok dan terlelap lagi masa memandu kali ni. Very dangerous of me.

wuhuuu.. HOLIDAY!!




Comments

  1.    1 DIn says:

    oit. aku di terengganu ni.. tapi mau balik suda.. hahahaha…

    Posted May 29, 2009, 9:39 am
  2.    2 ipa says:

    jelesssnyaaaa dia smpi dulu..!!

    well ingat planning kita..girly2 room and modern..hua hua

    mau jugak! mau jugak!

    p/s kakak yg baik dan MATANG adalah yg megalah dgn adik2nya.ahaks!

    Posted May 29, 2009, 3:19 pm
  3.    3 azyy says:

    ko teda beli keropok lekor ka din?
    aku blm sempat beli ni.

    c ipa.. teda teda ni.
    rmh kerajaan mn bulih cat. suka ati ja.
    barang2 n perabot tu, pilih ja mn2.
    muahahaha…

    Posted May 29, 2009, 8:30 pm
  4.    4 ipa says:

    i dun say i want to paint it

    juz the furniture and some bedroom stuff must be modern in colour.

    =p

    Posted May 30, 2009, 2:08 am
  5.    5 faydee says:

    wah…rumah baru lagi hehehe

    skg bukan tmpt sejuk lagi laa?? ;)
    p/s: PJ kan boleh buat bila2, walau xda cikgu hehehe korang laa jd cikgu nyer :)

    Posted June 1, 2009, 10:17 am
  6.    6 Azyy says:

    Mmg ada kelas PJ & dgn kelas PJ yg kami buat sendiri lain.
    Ada pensyarah conduct lg best. Terutama gymnastik yg tak habis d belajar. uhuhuhu

    Posted June 4, 2009, 8:58 am
  7.    7 Mazlan says:

    Salam,

    Cik, Mak awak tu nama dia Akbal Hanam ke. Dia orang Kampung Pulau Masjid Tanah Melaka ke. Pls reply.

    Posted October 23, 2009, 9:01 am
  8.    8 azyy says:

    yup. that’s my mom. =) siapa ni?kenal mak ke?

    Posted October 23, 2009, 9:26 am
  9.    9 Mazlan says:

    kirim salam pada mak, dia classmate saya kat sekolah dulu.
    mak saudara seorang awak ustazah yang mengajar saya dulu di sekolah yang sama.
    mungkin dia dah lupa…dah tiga plh tahun kot..

    mazlan

    Posted October 27, 2009, 8:59 pm
  10.    10 ipa says:

    oooo kawan lama mak rupanya..wahh betul2 jejak kasih di alam frenster. =)

    Posted November 3, 2009, 2:32 pm

Leave a Comment

(required)

(required)



Formatting your comment
Back to Top | Textarea: Larger | Smaller