Untukmu Teman


Lari tak cukup bumi

Currently doing: sleeping. Now 6.54am..

Kelmarin adalah hari terakhir kami di kampus sebelum cuti untuk 3 minggu. Lepas cuti, terus praktikum.. huyoo.. berdebarnya bila fikirkan.

Kelmarin juga adalah kelas terakhir Pengenalan PJ (kelas PJ seminggu ada 5 kali dan berlainan pensyarah). Kelmarin ujian kecergasan. Untuk 2.4km kami semua pujuk cik Mek Yam, tak payah buat post-test. Ambil je masa pre-test kami yg dulu. Muahaha.. kami tak larat nak lari da… minggu ini adalah minggu siapkan assignment. Semua pun tidur lewat & ada yg tak tidur langsung. Aku yang suka tido ni pun setiap malam tido jam 3pg dan semalam adalah malam kemuncak, tido setengah jam ja. Wakakaka.. Sampai bila uji tekanan darah ari selasa (26.05.09) lepas, aku dengan jayanya memperoleh keputusan tekanan darah rendah.

Lari 4 x 10m

Kelmarin, masa ujian lari 10m ulang-alik 4 kali, aku sungguh la bersemangat nak lari laju. Tengah2 lari, tiba-tiba rasa tak dapat nak seimbangkan badan, eh eh.. nak terjatuh.. tak dapat nak selamatkan diri, aku pun relakan diri untuk jatuh. Sreetttt.. lutut jatuh dulu di atas gelanggang bola tampar (lantai simen plk tu). Seluar pun terkoyak di lutut. Adeh, sodapnyooo..

Kawan-kawan: Berdarah tak?

Aku : Sikit ja (hero la kunun).

Kawan-kawan: Tengok!

Mereka lagi : Azyyy.. berdarah banyak tu!! Cepat balut.

Tq for imah kerana meminjamkan tali kasutnya buat sementara waktu untuk ikat kapas yg tiba-tiba muncul entah dari mana pada lutut ku.

Tiba di bilik pensyarah (dlm Gym)…

Rawatan penuh kasih sayang di berikan oleh kak sue. Bila kak sue sapu ja dettol di lutut, aku pun berkata.. ARGHHHHHHHH…PEDIHNYA!!!

dah lama tak jatuh. dah lama tak luka.

Pelik. Orang lain tak jatuh, aku sorang ja jatuh. Tapi, lari tetap lari. Nanti tak da markah. Luka sikit je. Macam luka jatuh bergeser masa kecil-kecil dulu.

Aku : Cik Mek Yam, semester depan Cik ajar kami PJ lagi?

Cik Mek Yam: Sem depan mana ada PJ. Mengarut je la Azy ni. (ketawa)

Aku : Laaa.. tiada ka? nda bestnya!! Mau PJ.

Rindu la nak PJ lagi nanti. Uhuhuhu..

….

Hari ni dah mula cuti. Kami serumah sewa ni nak kemas barang. Sebahagian besar dah pindahkan barang ke rumah sewa baru. Lagi dekat dengan kampus & dekat dengan rumah tutor kesayangan kami En. Marzuki.

Aku balik rumah (famili) ahad ni. InsyaAllah. Tapi kali ni tak balik genting lagi. Aku balik Putrajaya. Hehehe.. rumah baru. Pindah lagi kami ni. Barang pindah ari tu pun masih ada yg dalam kotak.

Rumah baru. tambah sejam lagi perjalanan dari sini ke sana. jadilah 7 jam. Memandu sorang2… Jangan la mengantok dan terlelap lagi masa memandu kali ni. Very dangerous of me.

wuhuuu.. HOLIDAY!!


motto

Masih belum terlambat untuk saya ucapkan..

SELAMAT HARI GURU

Terima kasih Cikgu!!

♥♥♥

Kepada kawan-kawan seperjuanganku..

Teruskan usaha-usaha murnimu ;) ..

Photobucket

motto ku

“Guru.Berjiwa.Besar”

#######

…saya takkan dapat update blog untuk 2 minggu terakhir dibulan ini. Banyak kerja dan penuh dengan aktiviti. Nanti bila dah cuti, saya akan balas dendam untuk mengisi blog sebanyak mungkin.. InsyaAllah.. Take care kawan-kawan..

…..take note~ gambar sewaktu pertandingan kawad petang tadi. Masa tu belum bertanding lagi. Baru berkumpul.. hihihi

The winner is…

Photobucket

Hari Isnin lepas lagi dah tahu keputusan. Baru sekarang mau bagitau di sini. Hadiah pun tak buka lagi. Tunggu waktu sesuai untuk kami buka bersama tutor.

Pagi tadi pergi kampus nak tengok pertandingan akhir perbahasan sempena hari guru peringkat kebangsaan. Perlis Vs Selangor. Keputusannya… Selangor menang. Best tengok perbahasan. Hehehe..

Berbalik pada gambar di atas…

Huduh ehhh naik pentas ambil hadiah guna baju sukan.. Nak buat macammana, masa tu jam 3ptg. Dalam pada masa yang sama, petang tu ada pertandingan olahraga. Kami unit sains jadi hakim balapan. Bantai je la naik pentas… Pengarah kami tu yang bagi hadiah. kekeke..

~Tahniah kawan-kawan~

Nak buat tugasan sains pulak ni.

Saya jeles tengok kawan ku di sebelah ni tengah buat tugasan..

Jadi, mana boleh kalah.. muahahaha

MyEm0.com

..tata.titi.tutu..


Untuk kali yang ke-3

Currently doing: Dating ngan abah~

Hari ini ada 3 event yang dijalankan serentak di kampusku:

  1. Pertandingan perbahasan sempena hari guru peringkat kebangsaan.
  2. Kempen derma darah
  3. Pendaftaran pemilih (SPR)

Sibuk juga la kampus hari ni. Ramai orang..

Aku dengan perasaan terujanya.. mahu menderma darah untuk kali yang ke-3. Adeh, baru 3 kali.. kesiannya..

aku derma

kita lihat mangsa-mangsa lain yang di ambil gambarnya..

Photobucket

Lama dah tak derma darah. Tapi, betapa besarnya jarum yang dicucuk tu masih dapat aku ingat sampai sekarang.. hehehe.. Masih ada bekas di lengan.. :P

Abah ada di sini.. Kuala Terengganu. Petang tadi jumpa abah, bawa makan ICT di pantai Teluk Ketapang. Tau ICT? tak tau? Ikan Celup Tepung… hehehe

Abah datang sini sebab ada program sempena Sambutan Hari Guru peringkat kebangsaan. Sabtu ni, InsyaAllah ada la saya join skali tengok-tengok apa yang ada di majlis tu. Tapi, mesti ramai orang. uhhhhh~ sesak sesak. PM datang rasmi, kannn~

K la, nak buat kerja lain pulak.

MyEm0.Com

..Rileknya hidup si Snoopy ni..

tapi kita manusia??

kan khalifah.. mana boleh di samakan dengan haiwan :)


Tiba-tiba

…saya rasa nak balik rumah…

~2 minggu lagi~

Lama la pulak..


Quack!

Photobucket

Learning is simply the process of adjusting our mental models to accommodate new experiences.

New information + Existing knowledge = Learning

Betul ke tu cikgu-cikgu?


If no one will listen

Maybe no one told you there is strength in your tears

And so you fight to keep from pouring out

But what if you unlock the gate that keeps your secret soul

Do you think that there’s enough you might drown?

.

If no one will listen, if you decide to speak

If no one’s left standing after the bombs explode

If no one wants to look at you, for what you really are

I will be here still

.

No one can tell you where you alone must go

There’s no telling what you find there

And, God, I know the fear that eats away at your bones

It’s screaming every step, “Just stay here?

.

If no one will listen, if you decide to speak

If no one’s left standing after the bombs explode

If no one wants to look at you, for what you really are

I will be here still

.

If you find your fists are raw and red from beating yourself down

If your legs have given out under the weight

If you find you’ve been settling for a world of gray

So you wouldn’t have to face down your own hate

.

If no one will listen, if you decide to speak

If no one’s left standing after the bombs explode

If no one wants to look at you, for what you really are

I will be here still

I will be here still

Photobucket

..Deep meaning. I like it..


Pesan Mak I

..Pn. Akbal Hanam Bt Talip..

Photobucket

Dari saya kecil sampai sekarang, mak didik kami adik-beradik dengan penuh kasih sayang. Mak la yang paling banyak bagi nasihat dengan kami. Samada dalam bentuk leteran atau pesanan. :)

Jangan Menyusahkan Orang..

Masa saya kecil-kecil dulu, bila pergi rumah orang lain masa raya ke atau untuk ziarah ke.. Mak selalu suruh saya kemas meja makan selepas semua orang habis makan. Siap kena suruh basuh pinggan. Masa tu, saya memberontak dalam hati sebab kenapa anak orang lain boleh duduk diam2 di ruang tamu tapi saya kena basuh pinggan sorang2. Tapi, masa tu cakap dalam hati ja la. Kerja tetap buat. Masa kecil memang saya tak boleh rasionalkan didikan mak ni. Apa yang saya tahu, mak selalu cakap (lebih kurang begini bunyinya) “Jangan suka susahkan orang lain. Sebaik-baiknya tolong, orang dah penat layan kita“.

Mak bukan ajar saya seorang je begitu, semua adik-adik saya pun senasib dengan saya. hehehe.. SEMUA ye.. termasuk yang lelaki. Jadi, bila pergi rumah siapa-siapa tu lepas makan je memang nampak la kami tolong kemaskan mana yang patut. Apa? Ingat lelaki kena duduk rilek je ke? hehehe

Mak dulu-dulu..

Mak dulu-dulu selalu tolong nenek buat kerja, tak payah di suruh“, mak berkata. Ini ayat kegemaran mak untuk kami sejak saya kecil lagi sampai sekarang. Memang boleh hafallah. hihihi

Mak nak didik kami supaya tahu buat kerja tanpa disuruh.

Nasi lemak.. Nasi lemak..

Siapa yang tak pernah ada pengalaman jual kuih atau nasi lemak masa kecik-kecik? Rugi tau kalau tak da pengalaman tu. hihihi.. Saya dan adik-adik pernah keliling taman perumahan untuk jual nasi lemak.. Untuk tambah wang saku sikit. Mak suka berniaga sebenarnya.. Mak masak, kami la tukang jual. Nasi lemak? Aiskrim? Kuih? Kerepek? Apa lagi aaa.. lupa pulak. hehehe

Memasak..

Mak memang terer memasak. Nenek tak ajar mak masak, tapi mak selalu tengok nenek masak. Memang betul pun, mak rajin tolong nenek dulu. Mak anak bongsu tapi tu tak bermakna boleh manja-manja. Kiranya mak matang awal la sebab tahu tanggungjawabnye. hehehe

Aku mula disuruh memasak masa aku darjah berapa ntah. Lupa pulak. Ehem, anak sulong aaa.. begitu la. Masa saya darjah 5, saya dah pandai buat kek coklat. Sedap pulak tu. kekeke.. Adik lelaki yang pandai masak ni adalah Asadudin. Ipa pulak, suka memasak tapi belum terer lagi. muahahaha..

Belajar..

Masa saya masih belajar di sekolah dulu, mak akan duduk sebelah saya untuk pastikan saya belajar. Masa sekolah rendah ok lagi sebab boleh belajar sendiri tapi bila mula sekolah menengah, mula malas-malas. Masa ni la saya banyak kena paksa. Nak belajar pun kena paksa. kekeke.. Disebabkan dah biasa ada mak di sebelah masa belajar, bila masuk matrik berusaha nak biasakan diri. Tak boleh belajar, saya mesej mak bagitau tak dapat belajar. Mak yang tengah tidur pun bangun balik kemudian pesan supaya belajar. Mak kemudian minum susu dan turut berjaga untuk temankan saya belajar dari jauh..

Aihhh.. sayu pulak tiba-tiba.

Guru kesayangan..

Mak seorang guru yang penyayang. Dulu mak mengajar di sekolah agama. Ada asrama. Mak selalu bagi makanan ngan murid-muridnya ni, budak asrama la katakan.. asyik tak cukup makan. hehehehe.. Bukan mak yang cakap begitu, tapi saya. muahahahaha.. saya sekolah di tempat mak mengajar tu jugak tapi tak tinggal asrama. Ketidakadilan? ada la jugak sikit2. :P Saya selalu dengar murid-murid mak ni cakap mak cikgu yang bagus. Mak sangat ‘caring’ dengan mereka.

Kesimpulannya, mak seorang guru yang disayangi oleh semua muridnya. Dan lagi saya nak tambah, mak seorang guru yang kreatif. She’s one of a kind you know~

Komputer..

Dulu mak tak pandai guna komputer. Jadi, bila buat soalan ujian matematik atau apa-apa ja kerja menaip, akan diserahkan pada saya. Masa tu saya di sekolah rendah lagi. Bila masuk sekolah menengah, lagi banyak kerja dibagi. Rasa dah jadi macam kerani pun ada. hehehehe.. Tapi sekarang mak dah pandai guna komputer dan tahu main internet lagi. waiseh~

One more thing..

Ada satu perkara yang saya tambah sayang dengan mak. Selalu bila ada makanan di rumah dan kuantitinya sikit tapi kami semua suka, mak akan cakap “tak pe, ambik la mak punya..” Mak dahulukan anak-anaknya. This is the love of a mom. You can never compare it with any other love.

Photobucket

I love you mom. How can I ever repay you..

Maafkan anakmu ini yang banyak buat dosa padamu.

p/s: abah, bagi mak baca entri ni.. untuk mak.. :)


Otak Berputar

Currently doing: Still updating blog

..Sweet Memory..

Photobucket

Hari ni cuti. Esok cuti. Ahad cuti lagi.. hehehe.. Ahad cuti ganti utk Wesak day~ 3 hari cuti. Kalo balik genting pun, meletihkan badan je nanti. Tapi bila cuti bln 6 nanti, tak balik genting dah.. ;) kenapa ye? itu saya cerita bila dah tiba masanya..

Ni cuti buat assignment sebenarnya. Minggu depan sibuk lagi. Bulan 5 adalah bulan yang penuh dgn kepadatan aktiviti. Minggu ni aku diserang ke’tension’an teramat yang jarang2 aku alami.

Photobucket

Arghh!!

Sampai ada kawan yg takut nak tegur aku. Muahaha..Sebab sebelum ni mereka semua tengok aku ni asyik senyum dan bergurau memanjang. Macam kanak-kanak riang pun ada. Well, normal la tu. Ada masa main, kita main. Masa serius, kita serius. Tak perlu takut tak perlu risau sebab sekiranya saya tension atau susah hati.. semua tu sekejap je. Lepas tu ok la balik~ Susah hati lama-lama boleh menambahkan lagi kebingungan serta masalah dan setiap masalah, InsyaAllah pasti ada jalan penyelesaian… :)

OK la geng.. ni je dulu.

Kenapa saya saya rasa macam saya banyak berhutang dengan blog ni? Banyak entri sepatutnya ada tapi belum ada.. kekeke.. kasi tension diri sendiri ni :P

..Doa Apabila Susah Hati..

Photobucket

Photobucket

..Muka bila tension..


Pantomime Show: Rapunzel

Kelmarin (7 Mei 09) semua unit KPLI minor BI (4 unit semuanya) bertanding dalam persembahan Pentomin sempena minggu bahasa Inggeris.

Saya sangat lega bila kurang beban di kepala.. dan lagi puas hati la jugak sebab kami dah buat yang terbaik!!

The Night before

prepare

waiting for our turn (the last group to perform)

Photobucket

You won’t see me acting

Why??

because i’m insisted to be the narrator eventhou they asked me to be Rapunzel

Muahahaha

..do take note, our story is full of fairy tales character..

So that everyone is involve

and most importantly

it is fun and exciting!!

This is how the story goes..

Image Hosted by ImageShack.us width=

Introducing the actor & actresess

Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us

Longing for the rapunzel..                              Aha! a thief!!

Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us

Poor Rapunzel                           Prince want to go to the forest

Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us

Take my best horse with you                 Met Hansel & Gretel

Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us width=

Little Red Riding hood                                   A tower!!

Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us

Please be my wife                      How dare you deceived me!

Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us

Come dear, eat the apple           Prince to the rescue..

Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us

You’ll never see Rapunzel again!                    Blind in the dessert

Image Hosted by ImageShack.usImage Hosted by ImageShack.us

Magic tears of Rapunzel          Happy and Contented~

Image Hosted by ImageShack.us

..Thank you for watching..

Photobucket

(Right click + view image = to enlage it)

Results of the competition will be announced next week..