Back to school
Lusa dah mula hari persekolahan.
Iya, selepas bercuti lama ni.. semangat untuk mengajar belum datang lagi. Kembalilah wahai semangat. kembaliiiii~ keh keh keh
tak pe, insyaAllah bila dah mula lapor diri di sekolah, saya akan bersemangat kembali.
hope so! hey, must be!
sekolah pertama saya ditempatkan. Mana boleh layu.kuyu.lemah.tak bersemangat kan?!
Kepada semua guru di luar sana, SELAMAT BERTUGAS!!!
Mungkin juga saya tidak akan update berita terkini mengenai saya di dalam blog ini. saya dah janji nak buka blog lain kan?! ingat lagi?
Sebelum tu saya nak minta maaf sebab saya takkan beritahu alamat blog tu di sini. Kecuali kalau kamu berjaya mencarinya sendiri.
[syarat ini dikecualikan untuk keluarga & rakan terdekat denganku]
Jadi, jangan marah ye.
Blog ini, saya takkan tutup. Saya mungkin akan masukkan entri lagi, tapi bukan mengenai aktiviti saya. Mungkin..

picture kredit to Flickr.com
ughhh.. bayangkan la, mana tak nya cikgu boleh takda semangat nak mengajar kalau begini?
✖ misapprehend
..saya pindah gambar ni ke sini. kesian dia sebab orang jadi salah faham.
it is still true, he’s my poison. he’s my potion.
But
not only him.. my family, my closest friend.. they all are.
So, don’t get me wrong when I said the more we love a person, the easier we get hurt because of them.
that person may be even your students, your colleague, you neighbour, your classmate, your pets (its not a person thou).
Broaden your mine, expand your perspective… ok?! it will give you a handful & mouthful of enrich ideas. huh? what am i saying. ![]()
to the dot!
k. that’s it.
ops.. One more thing,
there is a saying that sounds like this
“Life is like a rainbow. You need both the sun and the rain to make its color..”
the colors of life ![]()
لون السما
entri berat pulak sebelum ni kan. jadi, mari kita gumbirakan hati dengan lagu ini.
penyanyi ni memang terer main violin.
لون السما
شو مدايقك وملبّكي
الوردي عشوكي بتتكي
كنّو البكي بريحيك
بندر عيوني للبكي
مش عاجبك لون السما
بمحيها برجع برسما
توقع نجوما بلملما
المهم انتي تضحكي
لا تزعلي عيشي الهنا
وغلي بدفا قلبي أنا
عيونك بروحي بحضنا
وعم إسمعك قبل الحكي
مش عاجبك لون السما
بمحيها برجع برسما
توقع نجوما بلملما
المهم انتي تضحكي
✖ Esok tahun baru
Dalam tahun ni, banyak benda baru yang saya pelajari. Pengalaman pahit.manis.masam.masin semua ada. Dengan adanya kesemua pengalaman dan perasaan itu, saya masih berasa gembira.
Ya. Saya mesti terus gembira. terus bahagia.
Saya sebenarnya tidak suka ingat perkara yang membuatkan saya sedih & menangis. Tapi ada masa saya perlu menangis untuk melegakan perasaan. Saya tahu, ada sesetengah perkara itu saya tidak boleh selesaikan secara terus. Saya seorang yang pemendam. Jarang untuk meluahkan. Lebih banyak mendengar. Anak sulung mungkin begini. Dari saya kecil sampai sekarang. Tidak ramai yang tahu bagaimana perasaan dan masalah2 berat yang saya hadapi sebenarnya. Atau mungkin tidak ada seorang pun yang tahu?! Bukan saya tak mahu ceritakan, tapi saya nantikan masa yang sesuai. I’m a patience waiter. [betul ka tu. hik hik] Yes, it’s killing me. But I know I’ll survive.
Semua orang ada masalah. siapa tak da? orang yang kata tak ada masalah tu pun, bermasalah sebenarnya. Bila saya fikirkan masalah yang saya hadapi, saya akan ingat bahawa ada orang lain yang lagi susah dari saya. Maka sebab itu, anda semua masih dapat lihat saya tersenyum.
Firman Allah لا يكلف الله نفساً إلا وسعها , bahwa Allah tidak membebani seseorang diluar kemampuannya (Al-Baqarah: 286)
Ini janji Allah. Saya yakin, saya mampu untuk hadapi apa jua ujian yang diberikan pada saya. InsyaAllah.
Manusia makhluk yang lemah. Saya tak mampu untuk hadapi semua masalah yang ada seorang diri. Kerana itu saya perlukan keluarga dan sahabat. Mereka mungkin tidak tahu apa yang bermain di fikiran saya, tapi dengan meluangkan masa bersama mereka, menjadikan saya kuat. Dalam tidak sedar, mereka sebenarnya telah menceriakan hari-hari saya.
Orang-orang yang rapat dengan kita sebenarnya adalah orang yang paling mudah untuk melukakan kita. Setuju? Semakin sayang kita pada orang itu, semakin mudah kita terluka kerananya.
Tetapi, saya pasti akan tetap pertahankan kebahagian keluarga & insan-insan yang sangat rapat dengan ku ini..
…….
Sungguh saya tak pandai untuk meluahkan perasaan untuk tatapan ramai. Kerana saya takut ada yang terluka. Saya takut saya yang terluka.
Jadi cukup la. Saya tak mahu panjangkan lagi.
Tak seronokkan baca luahan yang menyedihkan?! saya pun tak seronok nak taip. hehehe
Ini sebahagian dari dalam hati saya yang saya tergerak untuk kongsikan. Bagi insan-insan kesayangan saya yang membaca entri ini, saya nak kamu tahu.. Saya sayang kamu semua. Tanpa adanya sedih, mana mungkin adanya tawa.
Love you all very much.
Semoga tahun depan lebih menjanjikan kebahagiaan buat kita semua.
Meet the Fockers?
Cuti sekolah dah nak habis. Tahun baru 2 hari lagi. Posting pun dah tau. Kalau tak silap seorang je budak sains dapat Sabah (sebab dia minta). Selebihnya dapat di Selangor, Johor, Terengganu, N.9, Pahang & Perak. Ni kalau nak buat reunion ni senang la. InsyaAllah. Saya dapat mana? Kena bagitahu juga ke? Dah saya bagitau di Facebook kan~ hehehe
Entri kali ni mengenai percutian 5 hari 4 malam di Betong, Sarawak.
Saja jalan-jalan.. mengisi hari cuti. Nak jumpa famili Nazri, tengok adik dia kahwin. Nguahahaha.. dilangkah bendul dah dia.
Nak tahu ke cerita percutian di kampung Kabong ni? Takde la seronok sangat bagi korang, bagi saya best~ Nak tahu, teruskan la membaca.
Hari pertama 23 Dis 09/Rabu.
Sampai di lapangan terbang Sibu.
Kami disambut oleh abang ipar Nazri di aiport. Perjalanan ambil masa 4jam untuk ke Kg. hilir laut Kabong, Betong. Di situlah destinasi kami.
Bila sampai je di rumah Nazri (sejibik yang dalam gambar, mestila kan. takkan berbeza. hihihi), bapa Nazri pesan jangan malu-malu. Hehehe.. Mak Nazri terus suruh kami makan di luar rumah. Masa tu khemah dah dipasang untuk majlis kahwin adik dia keesokan hari. Lama jugak di luar sebab sedara-mara yang lain ajak bercerita. Masa tu saya tak terfikir orang yang dalam rumah tu sedang menunggu saya. Oh owww…
Bila masuk je rumah, saya salam semua orang termasuk nenek Nazri. Hah! Nenek sebenarnya dah tunggu saya untuk masuk rumah. Dia siap suruh makcik2 yang dalam rumah tu jangan balik dulu. Nenek nak kenalkan saya ngan mereka. Aduhhh.. kenapa la saya boleh lupa pasal nenek. glup!
Saya pun mula la nak tegur nenek. Bila soal, dia jawab. Pastu pandang tempat lain. Saya soal lagi, takda jawapan. Melilau mata nenek tengok tempat lain. Layan orang lain bercakap, anggap macam saya tak wujud di depan dia. Alamak… dah MERAJUK la pulak. Aisyeman.. Bengong saya dibuatnya. Makcik2 yang lain, duk diam di keliling tu. aiyoooo.. saya duk je di tepi nenek tak tau nak buat macammana. Lama pulak tu. Sampai la Nazri datang bagitau nenek yang saya kena tahan sebelum masuk rumah tadi. Tapi penjelasan itu masih tidak dapat memujuk hati nenek. Tak lama lepas tu, mak Nazri ajak saya masuk bilik. Berehat kejap.
Lepas solat zohor, rehat kejap kemudian turun bawah. Takkan nak memerap dalam bilik pulak. Orang kat bawah riuh bertandak. Bila turun je bawah, tengok nenek tengah berjoget dengan makcik2 yang lain. Bertandak ni menari ikut lagu yang dimainkan guna gong, kulintangan tu semua. tau ke? tak tau, cari sendiri. Nenek umur 80 tahun ye. masih kuat lagi. Cuma kaki dia sakit juga, tapi boleh tahan jugak berjoget. hehehe..
Dah habis semua tu, saya duk sebelah nenek lagi. Tengok je nenek. Merajuk lagi ni. Tak pe la, tinggalkan sekejap. Saya pi dapur. Beramah-mesra ngan sedara-mara Nazri. Satu nak highlight di sini, bahasa Sarawak di kampung ni berbeza dengan yang di bandar. Jadi, saya belum boleh faham sepenuhnya. Lagi, saya masih degil tak nak cakap bahasa Sarawak. [degil keeee??? aok, kelak mek klaka swak mun balit kg gik]. Tak pe la kan, yang penting dua2 pihak boleh faham apa yang dicakap.
grandma rock!! yeah yeah~
Duk dapur, tolong-tolong kupas kulit bawang, potong bawang. sampai semua makcik2 tu menangis. hahahaha.. lawak betul. kemudian saya dipaksa duduk luar, tak payah tolong lagi. hmmm.. duk la luar. tak tau nak buat apa. Tiba-tiba nenek datang, tarik tangan saya bawa pergi dapur. Haa… nenek nak officially kenalkan saya ngan sedara-mara yang ada tu. Nazri pulak kena panggil pi dapur. duiii.. malu gila saya masa tu sebab semua orang tengok kami. Janggal rasanya bila semua orang bersorak. Nenek dah kurang merajuk daaa.. hahaha.. sebab apa? Nazri bagitau yang nenek suka tengok saya senang nak beramah ngan sedara2 yang ada. Takda la duk diam ja. Di suruh buat apa, semua boleh. Tak banyak songeh. Bila ajak makan, semua pun makan. Sireh (Nazri geng saya makan sireh sampai merah2 gigi), bubuk, dan semua makanan kampung yang ada. ahahaha.. rupanya begitu. Cuma dabai ja saya tak boleh nak terima. cukup la sebiji tu. uhuhuhu
Sepanjang tinggal di rumah Nazri tu, nenek dah ok ngan saya. Walau kami tak banyak bercerita. Banyak guna telepati ja. nguahahaha.. Lagi, kena rajin pi dapur tolong2 mak nazri. Malu? no, saya takda nak malu. hanya cuba nak sesuaikan diri je. dan untuk pertama kali ke rumah nazri ni, mission accomplished. Just be myself. It’s not that hard.
Hari kedua 24.12.09/khamis
untuk hari sanding adik Nazri ni.. I bagi tunjuk gambar je la ye. Gambar2 ini di ambil oleh Nazri, walau saya dipaksanya berkali2 supaya ambil gambar. Saya tak nak la. Malas nak suruh pengantin berposing, pengantin pula malu2. Anyway, Nazri pun terer apa ambil gambar.
leb.leb.leb
paling suka gambar ni. hehehe..
sori la, tak edit guna photoshop untuk bersihkan muka pengantin lelaki. pengcahayaan tak sekata.
dengan Azril bermata bulat
Hari ketiga. 25.12.09/jumaat.
Jadual tiba-tiba terisi dengan sertai rombongan meminang anak dara orang untuk sepupu nazri. Dekat je, orang kampung yang sama jugak. kehkehkeh..

Tengokla kami berbaris. Siap disuruh angkat hantaran. Nazri pertama kali ikut rombongan meminang. kesian. Bagus la tu. Ada jugak pengalaman kan.
Petangnya selepas solat jumaat, kami semua pergi kebun buah-buahan. Banyak buah langsat. Manggisnya manissss. Pokok durian pula dah tak berbuah lagi. Rambutan pun ada~ Nazri & maknya panjat pokok. Yes. mak Nazri panjat pokok. hebat la. hihihi Nazri panjat pokok langsat, petik buah isi dalam plastik kemudian hantar guna tali ke bawah, saya sambut. Dia memetik di atas, saya makan langsat di bawah. Nyamak2 yang pada mulanya menyerang pun jadi boring tak gigit kami lagi.
Hasil lumayan petang tu.
Saya & Nazri sempat pergi pantai dekat dengan kampung tu. Nak tangkap anak ketam batu, orang sana panggil kutong. Manis ketam tu, tapi isi sikit ja la. Rebus ja, siap untuk di makan. Saya pula kutip kulit siput.
Nampak kulit durian tu? tanda musim buah di sana.
bukan layan blues, tapi tengah ‘buru’ ketam di gigi air..
Hari keempat. 26.12.09/Sabtu.
Waktu pagi, berehat-rehat di rumah. Ada orang letih sebab panjat pokok setelah beberapa tahun tak panjat. siapa la tu. hehehe.. Masa ni saya banyak bermain ngan Azril & Siti. Kanak-kanak riang dua orang ni sepupu Nazri.

Petang dalam jam 3 saya, bapa, mak & Nazri balik ke rumah di IPGM Kampus Rajang. Bapa Nazri pensyarah di sana. Lagipun dekat dengan aiport Sibu. Senang nak balik esok pagi.
Hari kelima. 27.12.09/Ahad.
Balik ke KL. Bye bye Sibu.
xxxxx
kesimpulan,
pada mulanya takut juga susah nak diterima oleh keluarga budak bertuah seorang ni. Ye la, saya ni bukannya orang Sarawak , apatah lagi duk sekampung dengan dia. Orang tua2 kan kalau boleh nak anak menantu yang dekat, boleh balik selalu. Tapi, nampaknya keluarga Nazri, sedara-maranya yang peramah tu baik dengan saya. Memang riuh la semua orang. Saya popular dikalangan makcik2 tu? ahah! nak kata peramah giler tak jugak. hmmm.. ntah la.
Tapi satu je la, disebabkan saya kata saya dari Putrajaya. Majoriti semua orang ingat saya ni macam tak tau keadaan kampung ni macammana. hehehe.. takpe la, I’m just go with the flow. Adala jugak beza dengan kampung saya di Sabah & Melaka.
jadi, itulah ceritanya. cukup la ni. Terlalu terperinci nanti jadi panjang sangat. Gud nite eberibodi~
Watashi no Uta
Original / Romaji LyricsEnglish Translation
ta o utau toki wa itsu demo soba ni ita ne hazukashii kimochi demo naze ka na ureshii
While singing a song
I always there near you
The shy feelings
why can be happy?
fui ni mitsumeatte shunkan de fukidashita watashi to anata wa hinata de jareru ko neko
suddenly we look at each other
instantly we burst into laughs
I and you
a kitty playing in a sunny place
ima wa wasureta uta togire togire ni nazoreba pinto ga au you ni yakusoku shita kotoba
If I follow bit by bit the words
of a song now forgotten
the promised words
come to focus
mouichido utaou itsu demo itsu made demo omoide wa iranai yo aitai ima sugu ni
Let's sing once more
whenever, forever
We don't need memories
I want to meet as fast as possible
tomodachi ga iru kara utaeru uta ga aru to shiranai de ita watashi kitto shiawase datta
Because I have friends
There is a song that can be sung
I who didn't know
surely will be happy
tomodachi ga iru kara utaeru uta ga aru to kizuita ima no kimochi anata ni utaitai
Because I have friends
There is a song that can be sung
My current feeling that is hurt
I want to sing for you
watashi wa koko ni imasu mouichido aitai
I am here
I want to meet you once more
..a song about friendship. for all my friends.
✖ Destined to meet
& 
See, how our personality match each other. At first I’m quite surprised to see the result. We complete each other, like a puzzle that has been solve. Exclude the extraverted personality because we both are which is true.
Is this only a theory? No, this is only a personality test. Let me do some reality check.
……… ……….
okay, this is somewhat true. I cannot deny it. He is different from me but still there are some qualities that we both have the same interest in. So, i’m not opposing this result (we did this test few months back. I just waited for the right time to publish it in my blog which he has no idea that I intended to do this and now he knows).
Just like I named this entry and just like what nazri told me;
we are Destined to meet.
7 imperfect roses. 7 imperfect years.
But when you look closer you can see that each rose elegantly reveal its alluring beauty of dark crimson petals. The sweet scents as you close your eyes, the melody of bliss and happiness decently whispering to you. Your inner-self speaks, it’s worth it eventhou it is not perfect. Arousing the desire to hold on to it and to cherish it.
can you feel it? as I think, express and put those thoughts into words, i feel like floating in the air.. hehehe
yes. we are not perfect. 7 years of friendship do has its flaws. But still, we are trying to reach till the end…TOGETHER~
Those journeys that we went through together was not easy. Bumpy on the road won’t tear us apart because I’d tried, you’d tried to be the BEST for each other. There are more waiting ahead of us, let’s walk together hand in hand, side by side through all eternity. me & you my bestest mate, my bosom friend.
Cuba untuk bahagia dalam ketidaksempurnaan.
Cuba untuk bahagia dalam kepayahan.
kerana kau takdirku.
InsyaAllah.
Multiple joy!
Entri paling popular dalam minggu ini dimenangi oleh… 1 Muharram 1428H. Bila tengok je trafik blog ni, majoriti pelawat buka entri tu.
Iye iye.. saya tahu, esok tahun baru!!! Ramai orang tengah cari doa untuk tahun baru. Jadi, jangan segan silu untuk menekan link di atas tu.
Sekarang tengah teruja untuk esok & lusa! lagi-lagi teruja untuk 23hb Dis ni.. uhhhh~ I like it…!
Rasanya ramai kawan-kawan se’kpli’ saya dah tau keputusan peperiksaan. Saya tak telefon kampus lagi. Muahahaha.. ada la 3 kali telefon tak dapat, asyik ‘engage’ je. talian sibuk. Jadi, saya membuat keputusan untuk biar ia reda dahulu. Okey kawan-kawan, check posting 20hb ye. Sabar, tak lama lagi tu. Saya jamin, mesti ada yang tak sabar nak dipostingkan sebab duk rumah hanya untuk membesarkan badan je.. hehehe
Sempena hari esok, tahun baru hijrah..
Saya ucapkan,

.
Kepada sahabat.teman.inamorato.habibi.my other half,

..Selamat Hari Lahir dear..

.
..actually i’m speechless, i cannot think of any lovey-dovey words right now..
.. so, then.. there it is. Simple, straight to the point and yet meaningful
Empty space inside
“.. We are all growing and changing shape, we notice certain weaknesses that need to be corrected, we don’t always choose the best solution, but we carry on regardless, trying to remain upright and decent, in order to do honour not to the walls or the doors or the windows, but to the empty space inside, the space where we worship and venerate what is dearest and most important to us.”
-The Zahir by Paulo Coelho.
..what lies in the empty space of our inner self?
the ‘thing’ that fill and complete the empty space is what the writer calls “The Zahir”.
Zahir maksudnya di sini ialah zahir.. iye, diambil daripada bahasa arab. Zahir= luaran, fizikal, nyata, jelas. Antonim bagi batin.
According to the writer Jorge Luis Borges, the idea of the Zahir comes from Islamic tradition and is thought to have arisen at some point in the eighteenth century. Zahir, in Arabic, means visible, present, incapable of going unnoticed. It is someone or something which, once we have come into contact with them or it, gradually occupies our every thought, until we can think of nothing else. This can be considered either a state of holiness or of madness.
Fauborg Saint-Peres,
Encyclopaedia of the Fantastic (1953)
Bila nak ulas mengenai istilah, saya belum mahir. Cukup la setakat ni dahulu. ![]()
kena habiskan baca novel ni. (ada berderet lagi buku belum dibaca ni
)














